Silat European Tour 2018

PSGFM di Eropah

Silat European Tour 2018 berlangsung pada 11 hingga 25 Oktober 2018 di Eropah. Malaysia akan diwakili oleh pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Delegasi Malaysia sekali lagi dijemput untuk membentangkan kertas kerja, mengendalikan bengkel dan membuat demostrasi Seni Silat Melayu.

Malaysia akan diketuai oleh Tuan Guru GM Proff Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie bersama-sama lapan lagi delegasi akan menjalankan tanggungjawab bangsa Malaysia di Eropah.

 

 

Kesinambungan Silat European Tour 2014 (SET2014)

Sejarah menunjukkan bahawa PSGFM telah menjadi duta Malaysia dalam mengembangkan silat di Eropah. Walaupun tidak mendapat sebarang geran mahupun bantuan kewangan daripada pihak kerajaan untuk program khas ini, namun semangat dan usaha keras ini telah pun berbaloi dengan sambutan yang diterima di Eropah.

Kini Silat telah disebut-sebut sebagai seni mempertahankan diri yang bakal diberi perhatian oleh negara-negara di Eropah di atas nilai kesenian dan ketepatan teknik yang dipertontonkan pada 2014.

 

 

Melibatkan 40 negara dari seluruh dunia.

Persidangan Seni Mempertahankan Diri dan Sukan Kombat Scientifik Dunia ini melibatkan ramai pakar dari seluruh dunia sama ada dalam bidang akademik mahupun industri. Malaysia beruntung dengan kepakaran yang dimiliki dan bakal dikongsi dengan pakar-pakar beladiri yang lain.

 

Author: PemegangAmanah