Silat European Tour 2014

silat european tour 2014

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah mengadakan Program Silat di Eropah. PSGFM telah meletak nama sebagai sebuah perguruan yang bertaraf dunia apabila memdapat anugerah persembahan terbaik seni beladiri dunia di Gala Seni Mempertahankan Diri, Rzeszow, Poland.

Bersyukur kita dengan kejayaan Program Silat European Tour 2014 telah berjaya dilaksanakan menerusi kerjasama erat Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), Pusat Cemerlang Silat (PCS), Kelab Silat Olahraga Bangi (KSOB), Kelab Silat Universiti Malaya (KSUM), Kelab Silat Olahraga UiTM Seremban 3 (KSOUiTM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan beberapa sukarelawan yang turut serta sepanjang program tersebut dijalankan.

Jutaan tahniah juga kepada para delagasi kerana telah berjaya merangkul piala utama pada 3rd Martial Arts Gala sebagai wakil Silat Malaysia. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan agar Silat Malaysia terus berkembang di negara luar.

Semoga PSGFM terus mengharumkan nama negara di persada dunia pada tahun 2015.

Laporan Lanjut di Laman Utama Silat European Tour 2014.

Author: PemegangAmanah