Salam Aidil Adha daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia 1443 H

Shah Alam, Selangor – Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1443H / 2022 kepada semua ahli PSGFM yang berdaftar dan menyumbang bakti kepada satu-satunya pertubuhan silat yang memperjuangkan Silat Melayu asli di dunia.

Selaras dengan Aidil Adha menuntut kita bermuhasabah terhadap peranan dan kepedulian kita sebagai seorang pewaris seni mempertahankan diri asli Melayu ini.

Penghayatan terhadap sejarah dan peristiwa Aidil Adha mampu memandu dan memimpin hala tuju hidup seseorang individu dan kebangkitan sesebuah organisasi.

Kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PSGFM yang sanggup berkorban harta, tenaga dan masa demi kemajuan PSGFM selaku penggerak utama Silat Melayu di Malaysia amatlah dihargai.

Walaupun PSGFM Official diuji dengan pelbagai usaha daripada pihak tertentu dengan cara menghalang usaha mengembangkan Silat Melayu asli ini, semangat yang ditunjukkan oleh para pimpinan dan individu yang terlibat secara langsung dengan warisan bangsa Melayu ini amatlah disanjung tinggi.

Sokongan yang tidak berbelah bagi yang ditujukkan oleh Penaung PSGFM, YB Datuk Abdul Rashid Asari kepada pengembangan Silat Melayu amat dihargai. Banyak sumbangan telah beliau sumbangkan sejak tahun 2019 dalam usaha PSGFM memberikan perkhidmatan Silat ke seluruh dunia.

Semoga kita terus istiqamah dalam menjalankan dengan amanat dan amanah yang ditinggalkan oleh Almarhum TG Anuar Abdul Wahab AMN untuk terus menggerakkan program Seni Silat Malaysia untuk dikongsi kepada masyarakat.

***Maklumat Silat Sebagai Seni Mempertahankan Diri Malaysia di UNESCO***

FATANI NUSA BAKTI

Author: PemegangAmanah