Muay Thai di IMAF2022

International Martial Arts & Malay Silat Festival 2022 (IMAF2022) adalah satu festival atau karnival seni mempertahankan diri yang akan mendatangkan beberapa faedah dan manfaat yang bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi amat besar maknanya kepada silat dan sosiobudaya Malaysia.

Persembahan istimewa Muay Thai, seni mempertahankan diri yang berasal dari Thailand akan hadir di IMAF2022. Kehadiran ini pasti akan memberikan jawapan kepada para peminat seni mempertahankan diri di Malaysia mengenai seni mempertahankan diri ini.

Sekiranya anda berminat mengenai seni mempertahankan diri Muay, sila hadir ke IMAF2022.

Program ini akan melibatkan persembahan seni mempertahankan diri termasuklah Seni Silat daripada pakar-pakar seni mempertahankan diri antarabangsa. Turut hadir adalah pihak UNESCO ICM yang akan hadir sebagai rakan strategik IMAF2022.

Di samping itu, pelbagai program menarik telah dirancang antaranya bengkel, seminar, pertandingan, pameran dan lain-lain lagi.

Daftar sekarang!

 

Author: PemegangAmanah