Capoeira di IMAF2022

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) akan menganjurkan International Martial Arts & Malay Silat Festival 2022 (IMAF2022) di Putrajaya pada 28 – 30 September 2022. Program ini akan melibatkan persembahan seni mempertahankan diri termasuklah Seni Silat daripada pakar-pakar seni mempertahankan diri antarabangsa. Turut hadir adalah pihak UNESCO ICM yang turut hadir memeriahkan pelbagai acara yang dirancang sepanjang 3 hari program. Antara program menarik yang telah dirancang adalah persembahan seni mempertahankan diri, bengkel, seminar, pertandingan, pameran dan lain-lain lagi.

Persembahan istimewa Capoeira, seni mempertahankan diri yang berasal dari Brazil yang akan hadir di IMAF2022. Kehadiran ini pasti akan memberikan jawapan kepada para peminat seni mempertahankan diri di Malaysia mengenai seni mempertahankan diri ini yang selama ini ditonton di televisyen lakonan Mark Mark Dacascos.

Sekiranya anda berminat mengenai seni mempertahankan diri Capoeira, sila hadir ke IMAF2022.

Author: PemegangAmanah