Seminar & Bengkel Silat Tempur 2013!

Seminar & Bengkel Silat Tempur 2013 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur semalam mendapat sambutan hangat daripada peserta dari seluruh negara. Para peserta yang hadir mendapat pelbagai ilmu dan panduan berguna dalam mempelajari selok belok pertandingan silat yang bakal meletop tidak lama lagi.

silattempur

 

Berikut adalah serba-sedikit maklumat mengenai Pertandingan Silat Tempur:

Pertandingan Silat Tempur diamalkan oleh pesilat Tahap Dasar iaitu Peringkat Anak Gelanggang dan Pesilat Remaja Seni Silat Malaysia.  Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bela diri atau mempertahankan diri berdasarkan buah pukul segera kerana pelajar masih belum menguasai serang bela berangkai dan berlapis dalam ruang gelanggang yang lebih luas. Oleh itu pertarungan Silat Tempur hanya menggunakan asas-asas serang bela  di atas gelanggang berbentuk pelantar berukuran 2 meter x 9 meter. Bermakna serang dan sambut yang disertakan dengan serang balas dilakukan pada satu garisan lurus.

Pertandingan Silat tempur menekankan bahawa silat ialah ilmu pergaduhan atau pertempuran secara berhadapan yang menggunakan tulang empat kerat secara tanpa senjata atau bersenjata.  Maka secara asasnya gerakan adalah  di atas satu garisan lurus sama ada secara maju atau undur. Oleh itu pesilat harus mahir melakukan serang bela yang selamat dan boleh mendatangkan hasil atau markah. Para Jurulatih Silat mestilah memberi latihan dan kefahaman peraturan bertandingan.  Maknanya sukan silat yang diamalkan nanti harus tidak menyimpang daripada gerak, kaedah, rupa dan  bentuk silat.

Pola Bertanding ialah bermula dengan Sikap Sedia Hormat (tundukkan sedikit kepala), Sikap Pasang, Langkah, serang bela dan kembali kepada Sikap Pasang. Bagaimana pun permainan Tempur Silat mempunyai peraturan kusus yang telah ditetapkan bagi menentukan permainan tersebut selamat.

Pemain atau atlit silat harus menjadikan permainan atau pertanding tersebut sebagai wadah untuk meningkatkan kemahiran dan mutu silat yang diamalkannya.  Oleh itu pesilat  harus memperkukuhkan dan mengekalkan norma dan ciri silat bagi tujuan mengekalkan keaslian silat. Walaupun Tempur Silat merupakan bayangan ilmu pergaduhan atau pertempuran secara silat, tetapi dalam masa yang sama silat membina nilai-nilai murni, jati diri dan seni budaya bangsa pewarisnya.

Seminar dibentangkan oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie (Pensyarah Kanan Sains Sukan) & Tuan Guru Mohd Shahiid Elias (Pengurus Pusat Cemerlang Silat & Guru Kanan PSGFM). Pelbagai maklumat dan intipati seminar pada sebelah pagi memberi maklumat lengkap terhadap pertandingan ini yang bakal membantu pesilat mengasah bakat dan kemahiran sukan silat. Pada sebelah petang para pesilat didedahkan dengan bengkel kemahiran silat tempur di mana para pesilat cilik mempamerkan bakat mereka dalam menjadikan sukan ini sebagai sukan nombor satu silat di Malaysia.

Tahniah kepada semua yang terlibat!

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com