Majlis Anugerah Silat Kebangsaan 2017

Anugerah Silat Kebangsaan 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Julai 2017 di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Seramai 100 orang tetamu kehormat hadir dalam majlis berprestij ini yang dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Anugerah Silat Kebangsaan 2017 yang juga dikenali sebagai ASK2017 telah dihadiri oleh tetamu terhormat dari Sabah iaitu YM Tuan Guru Utama PSGFM, Aminuddin Anuar dan tetamu-tetamu terhormat dari pelbagai agensi terlibat dalam perkembangan Silat Melayu.

Seramai 300 individu telah dikenal-pasti daripada 30 agensi Silat Melayu terlibat dalam majlis anugerah Silat Melayu berprestij ini. Tujuh belas anugerah diberikan kepada para pemenang pada majlis anugerah berprestij ini. Anugerah-anugerah ini yang diberikan kepada individu dan agensi yang bertanggungjawab dalam membangun dan mengembangkan Seni Silat Malaysia sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

1. Anugerah Pendita Silat
2. Anugerah Pakar Silat Malaysia
3. Anugerah Program Silat Terbaik (Antarabangsa)
4. Anugerah Program Silat Terbaik (Nasional)
5. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Lelaki)
6. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Perempuan)
7. Anugerah Keluarga Emas
8. Anugerah Budi Emas
9. Anugerah Pesilat Terbaik (Lelaki)
10. Anugerah Pesilat Terbaik (Perempuan)
11. Anugerah Pesilat Harapan (Lelaki)
12. Anugerah Pesilat Harapan (Perempuan)
13. Anugerah Gelanggang Silat Terbaik
14. Anugerah Pembantu Jurulatih PSGFM
15. Anugerah Pengkaji Silat Terbaik
16. Anugerah Perguruan Silat
17. Anugerah Tokoh Silat (Anugerah Khas)

Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Urusan Summit Features Sdn Bhd iaitu Encik Azlan Mohamad selaku penaja utama ASK2017. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan tempur seni oleh para pesilat dari Kelab Olahraga Fatani Bersatu. Berikut adalah senarai pemenang mengikut turutan anugerah yang dicatatkan di atas;

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com