Sukatan Pelajaran PSGFM

Kurikulum Baru PSGFM menjadi dasar mewujudkan Sukatan Pelajaran PSGFM dibahagikan kepada lima (5) peringkat. Oleh sebab Kurikulum Baru PSGFM telah menjadi dasar Kurikulum Seni Silat Malaysia, maka Kurikulum Silat di bahagikan kepada tujuh (7) peringkat iaitu 2 peringkat Dasar (pesilat sekolah rendah), 3 peringkat Menengah sekolah menengah) dan 2 peringkat Tinggi (pusat pengajian tinggi).

Setiap peringkat Sukatan Pelajaran disediakan Rancangan Mengajar Silat bagi memudahkan Jurulatih Silat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Silat di kelas atau Gelanggang Silat. Setiap Peringkat Sukatan Pelajaran terdapat tujuh (7) tajuk iaitu Bunga, Jurus, Belebat, Tapak, Buah, Tempur Seni dan Tempur Beladiri.

Setiap peringkat boleh berdiri dengan sendiri kerana disediakan pelajaran yang lengkap dan dapat berdiri dengan sediri. Bagaimanapun pesilat harus mengikuti keseluruhan peringkat bagi menguasai kemahiran silat secara sempurna. Kurikulum Silat memperlihatkan silat merupakan satu ilmu yang lengkap dari askep seni, beladiri, sukan, musik silat baku dan nilai-nilai murni berteraskan Sikap Pendekar.

Sukatan pelajaran asal atau Kurikulum Baru PSGFM ialah 5 peringkat iaitu terdiri daripada pesilat yang baru masuk memakai Bengkung Putih bergelar Anak Gelanggang dan tamat akan memakai Bengkung Kuning peringkat Satu sebagai Pesilat Muda. Peringkat Dua tamat dengan Bengkung Hijau sebagai Pesilat. Peringkat Tiga tamat dengan Bengkung Merah sebagai Pendekar Muda. Pesilat peringkat Empat tamat dengan Bengkung Hitam sebagai Pendekar. Pesilat peringkat Lima sebagai Pendekar dibenarkan mengikuti kursus Jurulatih Silat sepenuhnya dan bakal Guru Silat.

Sukatan Pelajaran berdasarkan Kurikulum Seni Silat Malaysia telah menambah bahagian Dasar iaitu 2 peringkat. Pesilat peringkat Satu yang baru masuk memakai Bengkung Putih sebagi Anak Gelanggang, Peringkat Dua Bengkung Biru sebagai Pesilat Remaja. Pesilat peringkat Tiga dengan Bengkung Perang sebagai Pesilat Perkasa (Kurikulum PSGFM asal Bengkung Putih)

Bermakna Kurikulum Seni Silat Malaysia secara lengkapnya ialah 7 Peringkat. Seperti yang telah dipersetujui bahawa Kurikulum Seni Silat Malaysia hanya memperturunkan sehingga peringkat Bengkung Merah sebagai Pendekar Muda.

Selepas peringkat 7 mengikuti latihan Keguruan Silat dan diperturunkan rahsia ilmu persilatan dari aspek teori, amali., psikologi, ilmu kejurulatihan, pemahaman Kurikulum Silat, pengurusan dan kerohanian. Pelajaran tersebut membolehkan Guru Silat meneruskan amanah perguruan mengembangkan silat.

(diterbitkan dengan izin Guru Aminuddin Anuar daripada Buku Panduan PSGFM oleh Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab, 2008 ).

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com