Seni Gayung Fatani di Manila

Silat di Manila

Para delegasi Malaysia daripada PSGFM segak berbaju kebangsaan di Malam Gala Sports Industry Awards Asia 2015.

 

silat selaku duta malaysia

Tuan Guru Shahiid Elias (kiri sekali) dan Tuan Guru Prof Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (kanan sekali) bersama delegasi yang lain di Persidangan ‘The Business of Sports – SE Asian Sports Industry in the Fast Lane’ Hotel New World Makati, Manila, Filipina.

 

SPIA Silat

 

Tahniah!

Bersyukur kepada Allah dan kurnianya apabila Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah tercalon selaku 8 persatuan sukan terbaik di peringkat Asia dan adalah satu-satunya organisasi Silat yang tersenarai daripada 168 pencalonan pada tahun ini di Anugerah Industri Sukan Peringkat Asia 2015.

Pihak PSGFM telah diwakili oleh Pakar Silat Malaysia – Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (ketua delegasi), Setiausaha Agung – Tuan Guru Mohd Shahiid Elias, Timbalan Presiden PSGFM – Tuan Saofiean Bachok, Pengkaji Silat Peringkat Sarjana – Puan Dahlia Al-Syurgawi dan Wakil Putrajaya – Dato’ Nasru Syazwan Nawai telah menghadiri Persidangan ‘The Business of Sports – SE Asian Sports Industry in the Fast Lane’  pada sebelah siang dan Majlis Malam Gala Anugerah Industri Sukan ASIA 2015 di Hotel New World Makati, Manila, Filipina.

silat terbaik di asia

Lebih membanggakan apabila PSGFM adalah satu-satunya badan bukan kerajaan (ngo) daripada organisasi sukan seni mempertahankan diri yang tersenarai dalam anugerah ini. Pencalonan ini menjadikan PSGFM adalah Organisasi Silat Terbaik di Peringkat Asia 2015.

Segala usaha yang dilakukan sejak 2013 telah menampakkan hasil dengan anugerah ini. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa dunia telah mengiktiraf PSGFM selaku organisasi silat yang professional yang mengembangkan indsutri sukan di Peringkat Asia.

Berikut adalah di antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh PSGFM sepanjang tahun 2013-2014 yang memberi impak kepada perkembangan sukan di Malaysia dan antarabangsa:

2014

KONGRES & PAMERAN WARISAN MELAYU SEDUNIA
MECC, MATRADE, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
28-29TH OCTOBER 2014
(IMPAK – ANTARABANGSA)

3RD MARTIAL ARTS GALA & 4TH WORKSHOP OF MARTIAL ARTS
at 3RD WORLD SCIENTIFIC CONGRESS OF COMBAT SPORTS AND MARTIAL ARTS
UNIVERSITY OF RZESZOW, RZESZOW, POLAND
15-17TH OCTOBER 2014
(IMPAK – ANTARABANGSA)

KURSUS PERGENDANGAN MUZIK SILAT BAKU MALAYSIA
AVILLION HOTEL, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
5TH – 7TH SEPTEMBER 2014
(IMPAK – PERINGKAT KEBANGSAAN)

KEJOHANAN SILAT TEMPUR PERINGKAT (KEBANGSAAN ZON SELATAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SEREMBAN 3
22-24TH AUGUST 2014
(IMPAK – PERINGKAT KEBANGSAAN)

HARI KERJAYA INDUSTRI SUKAN UNIVERSITI MALAYA
SPORT CENTER, UNIVERSITY OF MALAYA, KUALA LUMPUR
30TH APRIL 2014
(IMPAK – PERINGKAT KEBANGSAAN)

ASIA PACIFIC CONFERENCE ON PERFORMANCE ANALYSIS OF SPORT (APCPAS 2014)
HOLIDAY VILLA, LANGKAWI
21-24TH APRIL 2014
(IMPAK – ANTARABANGSA)

KEJOHANAN SILAT TEMPUR PIALA JEMPUTAN PERINGKAT KEBANGSAAN (ZON TENGAH)
UNGKU AZIZ RESIDENTIAL COLLEGE,
UNIVERSITY OF MALAYA, KUALA LUMPUR
12-14TH APRIL 2014
(IMPAK – PERINGKAT KEBANGSAAN)

2013

MAHABBAH KASIH BERSAMA ANAK YATIM
ORGANIZED BY CSE 1022 (SENI SILAT) USIM CO-CURRICULUM STUDENTS
PORT DICKSON GOLF & COUNTRY CLUB
21ST DECEMBER 2013
(IMPAK – PERINGKAT KEBANGSAAN)

KARNIVAL SENI BELA DIRI NEGERI SEMBILAN
SMK TUN ABD RAHMAN, GEMAS, NEGERI SEMBILAN
13TH DECEMBER 2013
(IMPAK – PERINGKAT KEBANGSAAN)

WELLNESS X’12
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM
23RD AUGUST 2013
(IMPAK – PERINGKAT KEBANGSAAN)

BENGKEL BELA DIRI DARI PERSPEKTIF SENI SILAT MELAYU (PERINGKAT KEBANGSAAN)
UNGKU AZIZ RESIDENTIAL COLLEGE,
UNIVERSITY OF MALAYA, KUALA LUMPUR
21ST SEPTEMBER 2013
(IMPAK – PERINGKAT KEBANGSAAN)

JEMPUTAN PERSEMBAHAN MAJLIS SUA RAYA UiTM SHAH ALAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM
23RD AUGUST 2013

SEMINAR & BENGKEL SILAT TEMPUR PERINGKAT KEBANGSAAN
UNGKU AZIZ RESIDENTIAL COLLEGE,
UNIVERSITY OF MALAYA, KUALA LUMPUR
30TH JUNE 2013
(IMPAK – PERINGKAT KEBANGSAAN)

Segala usaha yang diberikan oleh semua pihak termasuk para jurulatih, atlit, ibu bapa, peminat-peminat dan Majlis Tertinggi PSGFM dalam setiap program yang dijalankan telah membuahkan hasil apabila menerima anugerah ini. Sekaligus menunjukkan model terbaik yang perlu dimiliki oleh organisasi sukan dalam mentadbir badan sukan dari peringkat akar umbi hinggalah ke peringkat pucuk pimpinan organisasi.

PSGFM yang diterajui oleh Guru Utama, Tuan Guru Aminuddin Anuar adalah merupakan tokoh yang bertanggungjawab membawa kepada penerimaan anugerah ini. Beliau telah dibantu oleh Pakar Silat Malaysia, Tuan Guru Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan ahli-ahli pemikir dan pelaksana yang lain dalam merancang dan melaksanakan setiap program diatur pada setiap tahun.

Kemuncak pencapaian ini apabila PSGFM telah memenangi Persembahan Terbaik di Kongress Seni Mempertahankan Diri dan Sukan Kombat Peringkat Antarabangsa di Poland pada Oktober 2014.

psgfm terbaik di asia

Malam Gala Pasukan Malaysia

Dinner PSGFM

organisasi terbaik asia

 

dr nizam shapie

PSGFM membuktikan bahawa terdapat organisasi di Malaysia mendapat pengiktirafan dunia dengan segala aktiviti yang dilakukan dalam memertabatkan Silat di peringkat antarabangsa. Tambahan ramai yang memuji dengan kecemerlangan dan dedikasi PSGFM dalam membangunkan Sukan Silat.

Kejayaan ini membuktikan bahawa PSGFM mendapat sokongan pihak-pihak yang melihat Silat sebagai medium dalam menjana ekonomi negara. PSGFM telah bekerjasama dengan ramai pihak termasuklah Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Cemerlang Silat, Kelab Silat Olahraga Bandar Baru Bangi, Kelab Silat Universiti Malaya, Kelab Silat Olahraga UiTM Seremban 3, Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu dan Kelab Bela Diri & Kecergasan Wanita dalam memertabatkan silat di Malaysia.

PSGFM Terbaik!

FATANI NUSA BAKTI

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com