Research Innovation Symposium & Exposition (RISE) 2015

silat melayu rise 2015 (2)

silat melayu rise 2015 (10)

Research Innovation Symposium & Exposition (RISE) 2015 for Humanity telah berlangsung pada 15 – 16 November 2015 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah menyertai ekspo melalui dua penyertaan iaitu:

  1. SILAT TEMPUR – Model Sukan Silat Kanak-kanak.
  2. Virtual Silat – Web Based Coaching Services.

Percubaan sulung beliau ini telah membuahkan hasil apabila produk Silat For Beginners beliau di bawah tajuk Virtual Silat – Web Based Coaching Services telah berjaya memenangi pingat EMAS daripada 73 penyertaan antarabangsa. Manakala produk beliau yang mendapat perhatian daripada pihak Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan iaitu SILAT TEMPUR – Model Sukan Silat Kanak-kanak telah memenangi pingat GANGSA.

silat melayu rise 2015 (3)

Pihak juri yang terdiri daripada pihak akademik dan industri amat berpuas hati dengan produk beliau dan memberikan tanda TERBAIK/BAGUS di atas kejayaan beliau ini.

Majlis Penyampian Hadiah telah dilakukan oleh  Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah dan Pemangku Naib Canselor UiTM, Prof. Ir Dr Hj Abdul Rahman Omar.

silat melayu rise 2015 (1)

Tahniah kepada Dr Nizam!

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com