PSGFM 2014

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan segala program yang dijalankan pada tahun 2014.

Pelbagai aktiviti yang berlangsung menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi yang diberikan oleh pihak AJK PSGFM sesi 2013-2015 untuk memertabatkan silat melayu di peringkat nasional dan antarabangsa. PSGFM yang kini diterajui oleh Guru Utama, Tuan Guru Aminuddin Anuar telah membuktikan bahawa kerjasama yang baik di antara barisan pentadbiran dan ahli-ahli PSGFM akan menghasilkan kualiti yang tinggi terhadap program-program yang dijalankan.

Pihak PSGFM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu termasuklah pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kelab Silat Universiti Malaya (KSUM), Kelab Silat Olahraga Bandar Baru Bangi (KSOB) dan Kelab Silat Olahraga UITM dalam memberikan kerjasama yang berterusan dalam menjayakan semua program yang berlangsung dalam tahun 2014.

Antara program-program yang telah dijalankan adalah:

Manakala PSGFM telah berjaya di peringkat nasional dan antarabangsa dengan kejayaan program Silat European Touar 2014 di Poland & Kongres Warisan Melayu Sedunia di Kuala Lumpur.

Semoga PSGFM terus cermerlang di tahun 2015!

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com