Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Terbaik di Asia

 

psgfm terbaik di asia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah dipilih selaku organisasi silat terbaik di Asia. Perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung PSGFM, Tuan Guru Mohd Shahiid Elias.

PSGFM telah disenarai pendek untuk bersama-sama lapan organisasi lain Sunrise Events, Inc., Gymnastic Association of the Philippines, Hong Kong Ultra Marathon Association Limited, Primer Group-DC (Philippines), Sporting Republic (Singapore), Wrestling Association of the Philippines and XLE Group (Vietnam) untuk merebut gelaran Best Sports Organization of The Year 2015 di Asia Sports Industry Awards (SPIA).

silat terbaik di asia

Kejayaan ini amat membanggakan kerana PSGFM adalah satu-satunya wakil dari Malaysia dan seni mempertahankan diri yang akan merebut gelaran ini. Ini adalah disebabkan pencalonan setiap agensi/persatuan sukan telah dijalankan oleh pakar-pakar industri sukan dari seluruh asia.

From the initial submissions, 101 were short-listed as finalists which will further be evaluated by a panel of the region’s leading industry experts and overseen by auditors in strict accordance with the international sport industry award rules. – Business World

Majlis yang akan berlangsung di New World Hotel, Makati Manila pada 2 Oktober 2015 ini dianjurkan oleh MMC Sportz  dan Sport 360.

Ucapan syabas juga telah diucapkan oleh Guru Utama, Tuan Guru Aminuddin Haji Anuar kepada Majlis Tertinggi PSGFM serta para jurulatih dan ahli yang berusaha keras sejak tahun 2013 dalam mendaulatkan silat di peringkat antarabangsa.

Jesteru itu, penganugerahan ini membuka mata ramai pihak yang memandang ringan terhadap segala usaha yang dilakukan oleh PSGFM dalam mendaulatkan silat di peringkat nasional dan antarabangsa.

PSGFM memberi peluang kepada mana-mana persatuan silat mahupun sukan untuk mempelajari selok-belok pengurusan dan penganjuran acara di peringkat nasional mahupun antarabangsa daripada pakar-pakar yang ada dalam PSGFM untuk menjayakan sesuatu program.

Sekalung budi diucapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Cemerlang Silat, Kelab Silat Olahraga Bandar Baru Bangi, Kelab Silat Universiti Malaya, Kelab Silat Olahraga UiTM Seremban 3, Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu dan Kelab Bela Diri & Kecergasan Wanita.

Tahniah kepada PSGFM – Jom Kita Ke Manila!

SPIA

dinner spia

 

 

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com