Pengenalan PSGFM

logo psgf2

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah diangkat menjadi ahli bertaraf badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang  bertaraf anggota pendiri Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat).  Bermakna PSGFM secara langsung dapat bergerak membangunkan dan mengembangkan silat di peringkat negara dan antarabangsa.

PSGFM yang berjaya meningkatkan pendidikan tradisi Gelanggang Bangsal aliran perguruan seni silat Melayu tradisi Semenanjung kepada Kurikulum Baru PSGFM serta memartabatkan silat setanding dengan seni mempertahankan diri  peringkat antarabangsa yang lain.  Kurikulum Silat telah membina pengajaran dan pembelajaran silat yang telus dan setara.

Di Malaysia PSGFM berkembang di desa-desa dan kawasan bandar seperti di sekolah, pusat pengajian tinggi, badan beruniform dan sebagainya. Perkembangan di peringkat antarabangsa dilakukan oleh Jurulatih Silat daripada negara berkenaan yang datang dengan perbelanjaan sendiri ke Malaysia atau menjemput Jurulatih PSGFM datang melakukan seminar dan bengkel silat di negara berkenaan.

PSGFM sentiasa menyumbang kepada pembangunan program  silat sama ada di bawah Pesaka, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Sukan Negara, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia meliputi pembangunan Jurulatih Silat dan Wasit Juri, Silat Olahraga, Silat Seni, Senam Silat, Muzik Silat Baku, Jurus Wajib, Manual Jurulatih Silat Olahraga dan Kurikulum Seni Silat Malaysia, perhimpunan Rakan Wajadiri, perarakan Karya Agung Melayu dan sebagainya.

PSGFM telah dapat mengembalikan keagungan silat aliran seni silat Melayu tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya yang dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut ialah dilakukan oleh Guru Utama PSGFM 1, Allahyarham Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab A.M.N.

PSGFM menumpukan kepada pendidikan silat yang berkualiti.  Tujuannya ialah untuk memenuhi permintaan masyarakat yang berminat belajar, mengamal dan melibatkan diri dari aktiviti silat dengan yakin tanpa was-was. Melahirkan pewaris silat yang berilmu, beramal dan berkemahiran silat bagi penyambung tugas membangunkan dan mengembangkan silat sepanjang zaman.

(diterbitkan dengan izin Guru Aminuddin Anuar daripada Buku Panduan PSGFM oleh Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab, 2008 ).

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com