Jurai Salasilah PSGFM

Jurai Salasilah PSGFM

Jurai salasilah PSGFM memperlihatkan jalur atau jurai salasilah perguruan yang bermula dari tahun 1890 oleh Tuan Syeikh Abd.Rahman.  Beliau merupakan salah seorang tokoh yang telah  mengembangkan aliran perguruan Silat Patani atau Gayung Patani yang ketika itu dikenali dengan sebutan `gayung’ di utara Semenanjung.

Sekitar awal tahun 40an Silat Patani menjadi penting dalam persembahan dan permainan silat di Kedah.  Pada 1947 berkembang ke Perak oleh murid Tn.Hj.Ramli Abd.Rahman bernama Abdullah Md.Isa dan dibantu oleh Awang Pendekar bermula daripada Kg.Batu 14 Batu Kurau Taiping. Perak.

En.Embung Abdullah menerima Silat Patani daripada Tn.Hj. Imam Mansor Ismail dan mengembangkan silat di Sabak Bernam Selangor.  Pada tahun 1965 Tn.Hj.Anuar menerima pelajaran Silat Patani daripada En. Embung Abdullah.

Apabila pendaftaran PSGFM diluluskan maka Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab diangkat sebagai Guru Utama dan selaku pengerusi pertama.  Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab selaku Pengasas Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dan Kurikulum Baru PSGFM dan akhirnya mengasas dan menyusun Kurikulum Seni Silat Malaysia.

Selepas kepulangan Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab ke Rahmatullah, anak sulung beliau telah dilantik sebagai Guru Utama Kedua PSGFM.

Jurai Kurikulum Seni Silat Malaysia

Jurai Kurikulum Silat yang dikenali dengan nama Seni Silat Malaysia atau ringkasnya Silat adalah dari aliran seni silat Melayu tradisi Semenanjung mengikui jalur atau jurai salasilah PSGFM. Kurikulum Seni Silat Malaysia mempunyai asal-usul yang jelas boleh diangkat sebagai seni mempertahankan diri bangsa Malaysia.   Fakta tersebut dapat memertabatkan Malaysia sebagai negara pewaris silat dan sumbangan bangsa Malaysia kepada tamadun dunia.

Perkhidmatan Silat PSGFM

PSGFM mewujudkan kerjaya yang memberikan perkhidmatan pendidikan silat meliputi seni, beladiri, muzik silat baku dan olahraga.  Melibatkan diri dalam aktiviti silat seperti persembahan, pertandingan dan lain-lain.

PSGFM melibatkan diri pada seluruh program silat Pesaka  sejak peringkat awal seperti mengisi Kursus Jurulatih dan Wasit Juri Silat Olaharaga, Silat Seni, Muzik Silat Baku, kususnya Kurikulum Seni Silat Malaysia.

PSGFM menyumbang kepada berbagai aktiviti Pesaka dan Kementerian  bagi meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran silat  kepada Jurulatih silat daripada lain-lain aliran perguruan silat melalui Kursus Jurulatih Seni Silat Malaysia.  Adalah menjadi tujuan utama PSGFM meneruskan pembangunan dan perkembangan perkhidmatan pendidikan seni silat Melayu sepanjang zaman.

(diterbitkan dengan izin Guru Aminuddin Anuar daripada Buku Panduan PSGFM oleh Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab, 2008 ).

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com