PSGFM di Forum Silat

Pihak PSGFM telah mendapat jemputan daripada pihak Akademi Sukan Pencak Silat ,Gemas Negeri Sembilan untuk mengambil bahagian dalam forum perdana Silat Melayu. Pihak PSGFM telah memberikan penghormatan kepada Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie selaku wakil pihak pertubuhan & perguruan untuk program tersebut.

Dua orang panel telah dijemput iaitu Guru Dr. Nizam (PSGFM) dan Encik Abe Yus (Penasihat Akademi Silat Negeri Sembilan). Sesi forum dipengerusikan oleh Saudara Hilmi (Akademi Sukan Pencak Silat ,Gemas). Antara intipati forum ini membincangkan tentang halatuju Silat Melayu di Malaysia, nasib jurulatih silat, memajukan bidang kejurulatihan silat serta mengapa perlu bersilat. Sesi forum menjadi panas dengan pelbagai soalan diajukan kepada panel forum.

Pihak PSGFM mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur di atas usaha murni ini.

forumsilat_1 forumsilat_2 forumsilat_3 forumsilat_4

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com