Bengkel Pengenalan Sains Sukan – Analisa Prestasi Silat Olahraga

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie di Persidangan Sukan Seni Mempertahankan Diri & Beladiri Dunia 2014, Rzeszow, Poland.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie di Persidangan Sukan Seni Mempertahankan Diri & Beladiri Dunia 2014, Rzeszow, Poland.

Bengkel Sains Sukan – Analisa Prestasi Dalam Silat Olahraga akan diadakan pada 14 Mei 2016 di Akademi Silat Malaysia, Seksyen 13, Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Bengkel ini akan memperkenalkan kaedah menganalisis prestasi pesilat yang bertanding dalam silat olahraga dalam mengenal pasti kaedah belaan dan serangan yang memberikan mata kepada para pesilat yang bertanding.

Bengkel ini akan dibimbing oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (Pakar Silat Malaysia) yang telah menulis banyak artikel berkenaan Performance Analysis dalam sukan silat olahraga. Beliau juga mempunyai ramai pelajar yang telah menjalankan kajian dalam bidang tersebut. Bengkel ini amat sesuai untuk:

  • Para pelajar universiti
  • Atlit Silat Olahraga
  • Jurulatih Silat Olahraga
  • Pengkaji Sukan Seni Mempertahankan Diri
  • Pegawai-pegawai sukan silat
  • Wasit dan juri sukan silat

Para peminat boleh menghubungi En Mohamad untuk hadir ke bengkel tersebut di talian 010 – 309 2494.5

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com