Tabung 40 Tahun PSGFM

psgfm

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) adalah merupakan satu-satunya Silat Melayu Asli Semenanjung Tanah Melayu yang paling berjaya mengembang silat di dalam dan luar negara. Perguruan ini telah lama wujud sejak ribuan tahun yang lepas namun hanya didaftarkan pada tahun 1976. Maka genap 40 tahun PSGFM didaftarkan oleh Allahyarham Anuar Abdul Wahab.  Kini PSGFM diterajui oleh Guru Utama kedua iaitu Tuan Guru Aminuddin Anuar meneruskan segala agenda yang dimulakan oleh ayahanda beliau.

Di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, PSGFM mengerakkan ‘Tabung 40 Tahun PSGFM’ yang bertujuan untuk mengumpul dana dalam mengembangkan PSGFM ke peringkat akar umbi termasuklah anak-anak yatim, ibu tunggal, belia yang di luar kemampuan serta rumah-rumah kebajikan masyarakat.

Berikut adalah maklumat lanjut Tabung 40 Tahun PSGFM (T40P):

Pengenalan

T40P adalah usaha yang unik dimana setiap ahli masyarakat, korporat dan institusi swasta dan kerajaan boleh membantu menyokong pembangunan serta pengembangan pendidikan silat kepada warga Malaysia yang berminat  dalam meneruskan kehidupan melalui peningkatan pendidikan silat. Kami berpegang teguh prinsip peningkatan kualiti dan kemakmuran hidup berteraskan kecemerlangan pendidikan silat Melayu.

T40P ditubuhkan atas kesedaran membentuk pewaris bangsa yang unggul, bermaruah dan berilmu dalam mewarisi ilmu persilatan. Ianya diterajui oleh tokoh-tokoh persilatan, pegawai atasan kerajaan dan usahawan dalam usaha memastikan tabdir urus yang baik dan professional dalam mengembangkan silat di dalam dan luar negara.

Ianya adalah inisiatif besar Majlis Kejurulatihan, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia untuk membantu pembentukan pewaris bangsa yang sedar akan kepentingan pendidikan silat kepada bangsa Malaysia. Ini bertepatan memandangkan terdapat lebih setengah juta jumlah ahli yang pernah menuntut ilmu persilatan Melayu PSGFM melalui jurai Tuan Guru Anuar Abdul Wahab, Tuan Guru Aminuddin Anuar, Tuan Guru Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan Tuan Guru Mohd Shahiid Elias sama ada di dalam mahupun luar negara.

Visi

Visi Majlis Kejurulatihan PSGFM adalah untuk melahirkan pewaris bangsa yang unggul, bermaruah & berilmu dalam mengembang ilmu persilatan Melayu.

Misi

Misi Majlis Kejurulatihan PSGFM adalah untuk menjana dan mengumpulkan dana sekurang-kurangnya RM1 JUTA untuk tujuan pengembangan pewaris bangsa melalui peningkatan dan pembangunan pendidikan silat.

Nilai

Benar, Amanah, Menyampai, Setia, Bijaksana

Strategi

Menggembeling semua ahli dan bekas pelajar silat PSGFM untuk memberi sumbangan :-
– Wang
– Masa
– Tenaga
– Kenderaan

Jika setiap ahli dan bekas ahli PSGFM yang kini berjumlah kira-kira 500,000 menyumbang sekurang-kurangnya RM1 – RM 5 seorang, maka dana berjumlah lebih dari RM 1 Juta akan berjaya dikumpul.

Bayaran boleh dibuat sekali gus kerana nilai RM1 – RM5 mampu disumbangkan pada bila-bila masa.

Sumbangan terbuka daripada jumlah yang sekecil-kecilnya sehinggalah dalam bentuk wakaf seperti tanah, saham, wang tunai dan sebagainya.

Mengalu-alukan semua pihak tanpa mengira kaum untuk turut menderma, mengadakan kempen, khimat sokongan dan pendidikan silat.

Fokus Dana

Dana terkumpul akan dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan seperti berikut:-

  • Pendidikan silat ke seluruh negara.
  • Kebajikan para jurulatih dan guru tua.
  • Biasiswa kepada pewaris bangsa yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kajian persilatan.
  • Penyelidikan ilmiah sama ada di dalam mahupun luar negara.

Organisasi

Pentadbiran kami menggunakan pendekatan terbaik yang berasaskan kepada :-

  • Keusahawanan Silat
  • Kepimpinan Silat
  • Pengurusan telus dan bertanggungjawab

Sebarang sumbangan sebanyak RM 1RM 5 boleh dibuat secara
online, tunai mahupun cek ke alamat:



Akaun Bank :  26251300002880 (RHB)

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
No. 14, Jalan Akuatik 13/67B, D’Kayangan Seksyen 13,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia.
Tel: 010-3092494 & 019 3244038.
Email : admin@senigayungfatani.com
Website: www.SeniGayungFatani.com
Facebook: www.facebook.com/pertubuhansenigayungfatanimalaysia

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com