Silat European Tour 2014: Latihan Pusat Fasa 3

psgfm ke eropah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama mengembeling tenaga dalam memgembangkan silat ke peringkat antarabangsa. Pihak PSGFM kini di fasa terakhir mempersiapkan para peserta yang bakal ke Eropah pada 12 Oktober 2014. Seramai lapan orang delagasi dari Malaysia akan ke Rzeszow, Poland dalam mengalas nama negara untuk melonjakkan imej Silat Malaysia di persada dunia.

Delegasi kali ini akan diketuai oleh Tuan Guru Mohamad Nizam Mohamed Shapie selaku Pakar Silat Antarabangsa yang akan membentangkan kertas kerja sains sukan (silat olahraga), mengendalikan bengkel dan persembahan Silat Malaysia di Regionalne Centrum Sportowo-Widowiskowe, Podpromie Street 10, Rzeszow.

latihan pusat silat

Latihan pusat fasa 3 yang diadakan selama tiga hari bermula pada 9 Oktober 2014 dan tamat pada 11 Oktober, jam 3 petang. Latihan Pusat dijalankan di Teratak Pendekar, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dalam memupuk semangat berpasukan pasukan Malaysia ini. Para delegasi yang terdiri daripada seorang pensyarah silat, 2 orang guru silat, 3 orang pelajar UITM dan 2 orang pelajar UM ini bakal mengegarkan gelanggang Rzeszow bersaing dengan 11 pasukan daripada seni mempertahankan diri yang lain.

Latihan silat utama diketuai oleh kapten pasukan Malaysia, Cikgu Safwan Abu Hassan yang berpengalaman dalam melatih para pesilat semenjak tahun 2004 lagi. Beliau bakal membuat persembahan tempur bersenjata bersama Amir Ashraf dari Johor, tekong bersenjata dan buah silat (tekong) beramai-ramai.

silat melayu

silat itu mesti

Dua orang serikandi PSGFM, Cik Azizah dan Cik Shuhadah akan membuat persembahan buah pukulan silat dan tekong silat beramai-ramai manakala Saudara Hazim dan Salehin akan mempersembahkan watak tangkas dalam buah pukulan dan tekong. Aksi ini telah menarik minat penduduk setempat yang melihat persembahan mereka di Teratak Pendekar.

Manakala persembahan khas akan dilakukan oleh Tuan Guru Mohamad Nizam Mohamed Shapie setelah diminta oleh pihak PSGFM dalam memastikan piala kali ini menjadi milik Malaysia.

Bersama-sama kita mendoakan pasukan Malaysia ini selamat pergi dan pulang dalam menggalas amanah rakyat Malaysia dalam menjulang Silat Melayu ke peringkat antarabangsa.

FATANI NUSA BAKTI.

silat european tour 2014

*Untuk melawat pasukan Malaysia di Teratak Pendekar, No. 2, Jalan Akuatik 13/66
D’kayangan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com