Penerangan Untuk Pelajar Baru PSGFM

Penerangan Untuk Pelajar Baru PSGFM

Oleh : Guru Aminuddin Anuar (Pengerusi, Tim.Guru utama)

Tarikh : 28 January 2010

Sejarah Silat

1.       Silat ialah sejenis seni mempertahankan diri bangsa Melayu. Silat dicipta dan diamalkan oleh Orang Melayu sebelum pengaruh luar datang sejak kurun ke-11 lagi.

2.       Kerajaan Melayu tradisi adalah seperti Kedah lama, Beruas, Langkasuka, Champa, Kemboja, Srivijaya, Majapahit, Melaka dan Pattani (C.T.Fitzgerald. 1970 Hal.:287-310) Silat melahirkan ramai pahlawan bukan sahaja bertujuan mempertahankan negara dalam konflik di rantau tetapi juga telah terlibat membantu negara sekutunya antaranya, kerajaan Melayu Champa telah menghantar perwira-perwiranya dalam beberapa siri peperangan seperti di Kalimantan, Majapahit dan Minangkabau di Sumatera (Rahman Ismail. 2003. Hal.16)

3.       Senjata silat yang berbentuk lengkap wujud sekitar 2,500 tahun dahulu dengan penemuan keris tembaga di daerah Sungai Mekong dan lukisan di candi Borobodor di Tanah Jawa. Kerajaan Funan (Kemboja) dan Champa (Vietnam) merupakan dua kerajaan yang berjiran dalam kelompok dan zaman yang sama. Pada masa itu kerajaan China di bawah pemerintahan Maharaja Wu sering menyerang Champa dalam usaha menakluki kerajaan Champa tetapi mendapat tentangan hebat dari pahlawannya. Champa juga dikenali sebagai Lin Yi dari kalangan bangsa China bermaksud ‘Hutan Penuh dengan keganasan’.

4.       Perkataan Silat hanya wujud sekitar abad ke-16. Silat dikenali sebagai ilmu perkelahian kepada ilmu hulubalang ilmu penjurit, ilmu kesaktian atau ilmu gagah berani sebagai ilmu seni perang Melayu tradisi yang menjadi pakaian para pahlawan atau panglima perang dalam membentuk pasukan pertahanan dan mempertahankan kerajaan Melayu tradisi.

5.       Kepada orang Melayu, silat merupakan institusi pendidikan yang dapat membentuk jati diri bangsa sebagai insane yang seimbang pada zahir dan batin. Petua atau pantang larang yang dipeturunkan adalah bertujuan menjadi panduan. Panduan yang sedikit bagi melakukan sesuatu pekerjaan adalah lebih baik dari ketiadaan sebarang panduan. Petua ialah keputusan, nasihat, kaedah atau pendapat daripada orang yang berilmu dan berkemahiran di dalam sesuatu bidang.

6.       Panglima Champa misalnya kerap mendapat tempat dan dimuliakan di kalangan raja Melayu khususnya Karajan Melaka kerana memiliki pengetahuan silat, mahir dalam ilmu perang dan pemerintahan. Sultan Mahmud Shah (1488-1528) telah memilih seorang pegawai Champa sebagai pegawai kanan kerana dia memiliki kamahiran dalam ilmu perang dan pengetahuan dalam pemerintahan negeri Melaka, dalam  Sejarah Melayu (A. Samad Ahmad : 1996. Hal. 75). Terdapat komuniti Champ di sekitar Melaka pada tahun 1400.

7.       Silat menjadi penting dan pernah diletakkan di bawah perlindungan istana untuk membentuk angkatan perang raja. Raja-raja Melayu menggalakkan putera dan anak-anak pembesar mempelajari silat dan ilmu-ilmu lain yang sehubungan dengan keperluan peranan.

8.       Kepelbagaian kepercayaan dan budaya yang diterima telah mewarnai budaya Melayu. Selagi budaya atau amalan terse but tidak bercanggah dengan akidah Islam. Islam telah menyumbang amalan kerohanian Islam ke dalam dunia ilmu persilatan Melayu dan ianya terus bersih dan suci daripada pangram dan amalan kerohanian kepercayaan tradisi sebelumnya.

9.       Silat melalui transformasi dengan millenarian makna dan peranan silat sebagai ilmu seni perang tradisi kepada institusi Pendelikon silat. Bagi tujuan terse but silat telah mewujudkan pelbagai aktiviti sesuai dengan keperluan masyarakat seperti persembahan, sukan, muzik silat dan sebagainya secara tidak langsung memupuk jati diri dan nilai cintakan negara dan silat.

10.    Silat sebagai sukan tradisi rakyat kepada sukan moden yang dipertandingkan dengan satu peraturan pertandingan tertentu. Sukan silat dapat mengembangkan kemahiran ketangkasan fizikal dan mental serta semangat kesukanan.

11.    Pembangunan insan melalui silat berupaya membentuk pengamal silat sentiasa menjaga disiplin diri, sabar, hormat, waspada, bijaksana dan sebagainya serta menggunakan ilmu ditempat yang betul membentuk insan seimbang zahir dan batin mengikut aspek amalan dunia akhirat sebagai khalifah Allah.

12.    Walaupun silat tidak diberi peranan dan ruang dan kesempatan berkembang dalam urusan dan aktiviti mempertahankan negara, silat berupaya melahirkan warganegara yang patriotik iaitu ramai dari kalangan pemuda pandai bersilat menyertai pasukan askar Melayu dan polis setidak-tidaknya silat telah mendidik tenaga dibelakang senjata bagi mengukuhkan angkatan pertahanan negara.

Sejarah Seni Gayung Fatani Malaysia

1.       Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) salah satu kumpulan aliran Silat Melayu seperti yang diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut. Aliran silat melayu berkembang mengikut kumpulan dan dopamine oleh seorang guru silat sebagai contoh diberi nama gayungman Kelantan, Melayu Patani, silat Melayu Asli, silat Melayu Kedah, gayung lapan dan sebagainya dan ciri-ciri kesamaan yang menunjukkannya adalah serum pun dan sebenih.

2.       Silat Melayu berupa ilmu seni perang Melayu tradisi yang menjadi pakaian pahlawan yang mempertahankan tamadun kerajaan Melayu tradisi di daerah tenggara tanah besar benua Asia. Sebagai ilmu seni perang, maka silat mengekalkan kaedah tempur senjata iaitu tiga serangan seni seperti tikam, parang dan tetak. Tujuh kaedah sambut seni iaitu sekat, sentak, kedu, tindih, sisip, sagang dan potong. Kaedah tersebut dikembangkan dalam beladiri tanpa senjata.

3.       Pada asalnya orang Melayu di Semenanjung tidak memberikan nama tertentu kepada silat, memadai dengan sebut silat atau gayung sahaja. Oleh sebab asal guru berketurunan Melayu Pattani, maka dinamakan silat mereka sebagai silat Pattani atau gayung Fatani.

4.       Pada awal kurun ke-19 terdapat ramai guru-guru silat yang berpendidikan agama Islam dari institusi pondok umumnya dari Pattani menyebarkan syiar Islam kepada penduduk kampung dan disamping itu mengajar silat sebagai Pendelikon jasmani dan agama dijadikan pendidikan rohani.

5.       Di antara guru silat yang ramai melahirkan guru dan pengamal silat dan kurikulum silatnya yang dijadikan dasar kepada perguruan silat seni orang-orang Melayu Patani ialah dari versi Tuan HajI Syeikh Abdul Rahman Tohir. Beliau menetap di Bukit Bunga Raya, Pendang, Kedah (1890) merupakan anak jati Kedah berketurunan Pattani. Oleh sebab itu silatnya disebut silat Patani.

6.       Kurikulum tradisi iaitu diperturunkan ilmu secara pendidikan tradisi belonging bangsal pada tahun 60an. Silat pulut adalah sukan tradisi rakyat seperti juga gayung pulut mempamerkan ‘buah laman’ yang menekankan konsep sifar kecederaan, tidak menampilkan ‘buah rahsia’ yang bahaya demi keharmonian silat dan budayanya.

 

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia

1.       1970an kerajaan Malaysia menasihatkan agar semua kumpulan atau perguruan silat supaya didaftarkan bagi ahli menjalankan aktiviti secara sah. Salah satunya ialah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). PSGFM merupakan silat yang mengamalkan silat Melayu.

2.        Menurut Tn. Haji Ramli Bin Haji Abdul Rahman, beliau bersama ayahandanya Tn. Haji Syeikh Abdul Rahman juga Mat Kilau, Datok Bahaman dan beberapa orang lain menuntut ilmu persilatan dan kerohanian silat dari Tn. Syeikh Muhyiddin hujjatul mahaqqiqin ’afallahu ’anhu di Pattani. Ayahanda beliau adalah pengembang silat di negeri-negeri utara Semenanjung yang juga dikenali sebagai Lebai rambut panjang.

3.        Tn. Haji Abdul Rahman Tohir (1816-1936) mengembang silat di Kedah. Beliau telah melahirkan guru silat yang masyhor dan beribawa diantaranya Tn. HajI Ramli Bin Haji  Abdul Rahman, Pn. Gayah, Tok Petah, Tn. HajI Ismail Saad, Tn. HajI Pak Teh Mohd. Ali dan lain-lain. Pada tahun 1948 Tn. Haji Ramli Bin Haji Abdul Rahman bersama Tn. Haji Pak Teh Mohd. Ali membuka gelanggang silat di Batu Kurau, Taiping, Perak. Tenaga mengajar ketika itu ialah Awang Mat Isa (Awang Pendekar) dan En. Abdullah Md. Isa (Lah). Hasilnya ialah Tn. Haji Imam Mansor Bin Ismail (1921-2003), Tn. Haji Mohd. Mahad dan lain-lain lagi.

4.       Tn. Haji Imam Mansor Bin Ismail berjaya melahirkan guru silat bernama En. Embong Bin Abdullah (1924-1994) yang mengembang silat di Selangor. Guru Embong membuka gelanggang silat di sekitar daerah Sabak Bernam, Selangor. Beliau merupakan tokoh perguruan PSGFM yang pertama menjadi Ahli Dewan Perguruan PESAKA Malaysia. Beliau berjaya melahirkan beberapa guru silat seperti En. Mahmud, En. Yaakob, Tn. Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab (AMN) dan En. Abd. Rahman Janah.

5.       Guru Embong Abdullah telah Berjaya membentuk Tn. Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab (AMN) sebagai individual cemerlang menerajui PSGFM bermula dari seorang jurulatih silat di gelanggang Sungai Panjang (1966), Gelanggang Taman Mesra, Batu 13, Kajang Selangor (1974), Sekolah Menengah Sains Selangor (1974) dan diangkat menjadi Guru Silat bagi Kuala Lumpur dan daerah Lembah Kelang Selatan.

6.       Tn. Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab (AMN) telah berjaya membentuk ramai guru silat dan membuka kelab dan gelanggang silat di beberapa buah negeri di Semenanjung dan Sabah. Guru silat hasil dari didikan beliau yang berjaya ialah En. Aminuddin Bin Haji Anuar (Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah), En. Abd. Rahman Ismail (Kuala Lumpur), En. Rozman (Melaka), Tn. Haji Khairuddin Ghazali (Kelantan), En. Wan Jaafar (Kelantan), Tn. Haji Suhaimi Khalis Ishak (Kuala Lumpur), Tn. Haji Samsuddin Mansor, En. Salehuddin Haji Abd. Wahab (Selangor), Tn Haji Basiron Hamit (Kuala Lumpur), Haji Ismail Asraf (Sabah) dan lain-lain.

7.       Pada 1975, mesyuarat diadakan di Batu Kurau, Perak yang dihadiri oleh Guru-guru Tua seperti Tn. Haji Ramli Bin Haji Abd. Rahman (anak kepada Tn. Haji Abd. Rahman Tohir), Tn. Haji mohd. Ali (Kedah), Tn. Haji Imam Mansor Ismail (Perak), En. Embong Bin Abdullah (Selangor), Tn Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab (Kuala Lumpur), guru-guru dan murid-murid tuan Seni Gayung Patani. Perjumpaan tersebut telah bersetuju menubuhkan persatuan silat yang di kenali dengan nama PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA. Sebulat suara dari guru Tua telah melantik Tn. Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab (AMN) sebagai GURU UTAMA dan Pengerusi pertama bagi melaksanakan tugas membangunkan PSGFM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

8.       Mesyuarat penajaan penubuhan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah dilakukan pada 23hb. Disember 1975 dimana Tn. Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab (Pengerusi), Tn. Haji Suhaimi Khalis Ishak (Naib Pengerusi), Tn. Haji Samsuddin Mansor (Setiausaha), En. Baharuddin Talib (Bendahari) dan Jawatankuasa.

9.       Penubuhan PSGFM telah disahkan pendaftarannya pada 14hb. September 1997, Pendaftaran No. PPP/S1886/28/26 – 10 (2). Pada tahun 1998 PSGFM telah didaftarkan di bawah Pendaftaran Suruhanjaya Sukan dan Badan Sukan, disahkan pada 29hb. Oktober 1998, Pendaftaran No. 0452/98, Rujukan PPS/06/01/68-1(5) kedua-duanya beralamat di NO. 15, Jalan 8, Taman Mesra, Batu 13, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

10.    Sesungguhnya Tn.Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab (AMN) telah menyelaraskan segala berkaitan pelajaran silat menerusi Kurikulum Baru Silat (1986-2006)

 

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com