Bila Guru Utama Menulis – Artikel Kedua 2017

Assalamualaikum, semoga semua ahli PSGFM berada dalam kesihatan dan mendapat rahmat Ilahi.

Amin.

Selaku Guru Utama saya sangat berbesar hati dan gembira dengan perkembangan mutkhir berkenaan kemajuan aktiviti ahli-ahli seluruh Malaysia.

Untuk makluman semua pembaca, sebarang perkembangan dan aktiviti Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia terkini sila lawati laman sesawang official www.SeniGayungFatani.com atau www.PSGFM.com dan laman ini diselenggara oleh kakitangan PSGFM.

Laman rasmi Guru Utama Aminuddin Anuar dikendalikan secara berkala www.facebook.com/1aminuddin dan perkembangan aktiviti semasa di seluruh Malaysia dan antarabangsa.

Terkini, beberapa perbincangan khusus berkenaan perguruan telah dibincangkan bersama Majlis Tertinggi (MT) PSGFM berkenaan penyusunan Dewan Perguruan dan Majlis Jurulatih.

Semoga susunan keguruan dan jurulatih dan ahli-ahli anak gelanggang PSGFM peringkat bengkung-bengkung, yang mana ianya akan memberi banyak manfaat dan semangat kepada ahli-ahli dan khusus kepada mereka yang banyak memberi sumbangan besar dalam memajukan psgfm di peringkat nasional dan antarabangsa.

Rasional pengurusan keguruan ini sebenarnya telah lama dinukilkan oleh Al-Marhum Pendita Tuan Guru Hj Anuar Abd Wahab (Al-Fatihah, Amin) yang mana perbincangan secara langsung bersama Tuan Guru Aminuddin dan Tuan Guru Dr. Nizam dan Tuan Guru Shahiid, namun baru kini pihak dewan perguruan dan majlis tertinggi dapat mengemaskini dan menyusun pengurusan tersebut.

Diharap organisasi keguruan terus memberi perkhidmatan pendidikan yang terbaik demi pembangunan seni silat di Malaysia.

Secara asasnya, penyusunan ini adalah melibatkan kenaikan bengkung asas dalam pelajaran yang telah ditetapkan.

Ianya melibatkan status khusus kepada keguruan perguruan dan status ahli-ahli, jurulatih dan pentadbiran keguruan psgfm sahaja.

www.facebook.com/1Silat
Tuan Guru Aminuddin Anuar.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com