Tahniah GM Safwan Abu Hassan

Ketua Jurulatih PSGFM Official iaitu Mohd Safwan Abu Hassan kini telah dianugerahkan darjah ketujuh (7th DAN) yang membawa gelaran Grandmaster atau Tuan Guru dalam bidang kejurulatihan Silat Melayu.

Pengiktirafan ini sekaligus menyaksikan Tuan Guru Grandmaster Mohd Safwan Abu Hassan dilantik sebagai Guru Kanan Perguruan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official).

Berikut adalah penyandang gelaran tertinggi kejurulatihan Silat Melayu di Malaysia berdasarkan Kurikulum Seni Silat Malaysia:

Darjah Hitam kesepuluh (10th DAN) – GM Aminuddin Anuar

Darjah Hitam kesembilan (9th DAN) – GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie

Darjah Hitam kelapan (8th DAN) – GM Mohd Shahiid Elias

Darjah Hitam ketujuh (7th DAN) – GM Mohd Safwan Abu Hassan

Darjah Hitam ketiga (3rd DAN) – Master Nurhidayah Mohamad Abdul Wahab

Bengkung Hitam:

  • Ustaz Ahmad Farhan
  • PT Hazim Samsudin
  • Luqman Al-Baqir

Selain itu juga, ujian kenaikan bengkung peringkat kebangsaan telah dijalankan di Kinrara Resort, Puchong menyaksikan ramai pesilat berbakat telah lulus ujian dengan jayanya.

Mereka adalah para pesilat yang telah menjalani latihan silat intensif selama hampir 40-80 jam berdasarkan Kurikulum Seni Silat Malaysia.

Bengkung Merah (Peringkat 6, Seni Silat Malaysia) – Drs Mohd Zulfahmi bin Lukman

Bengkung Hijau (Peringkat 5, Seni Silat Malaysia) – Puteri Elissa Sarah, Puteri Eilya Sofea, Mohamad Azraf Luqman

Bengkung Kuning (Peringkat 4, Seni Silat Malaysia) –  Muhammad Salehin Ramli

Bengkung Perang (Peringkat 3, Seni Silat Malaysia) – Sedrat Al-Muntaha, Sariya Esmail, Amzar Johan, Zhafran Johan, Mohamad Aisy Luqman

Bengkung Biru (Peringkat 2, Seni Silat Malaysia) – Tuan Zamri

Author: PemegangAmanah