Silat Tempur – Grand Finale 2019

Piala Aminuddin Anuar bakal menutupkan tirai pada tahun 2019 apabila para pesilat tanah air bakal berentap pada Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa, Siri 4 / 2019 akan berlangsung pada 30 November – 2 Disember 2019.

Kejohanan kali ini akan diadakan di Kinrara Resort, Puchong Selangor. Seramai 80 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk kejohanan kali ini yang bakal menentukan pesilat terbaik di Malaysia untuk tahun ini.

Para pesilat dari Syria dan Singapura bakal hadir untuk menyertai kejohanan kali ini. Sudahkah anda bersedia?

Sila hubungi Encik Mohamad untuk sebarang persoalan lanjut: 019-324 4038 / 011- 5933 9337.

FATANI NUSA BAKTI

Tagged

Author: PemegangAmanah