Silat Tempur – Grand Finale 2018

Siri Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2019 akan melabuhkan tirainya untuk tahun 2018 tidak lama lagi. Piala Aminuddin Anuar 2018 telah berlangsung meriah sejak bulan Januari 2018. Liga Silat Kebangsaan ini telah melahirkan ramai jaguh-jaguh handalan Malaysia di peringkat kanak-kanak, remaja mahupun belia Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Kebangsaan, Kejohanan Silat Tempur 2018 yang diketuai oleh Tuan Guru Super Grandmaster Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang telah merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk mempunyai liga silat kebangsaan di Malaysia. Walaupun tidak mendapat dana daripada Kerajaan Pusat mahupun Negeri namun usaha yang digerakkan oleh beliau telah mendapat sambutan hangat kepada semua peminat Silat di Malaysia.

Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaaan Grand Finale 2018 akan berlangsung di Kinrara Resort, Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Lokasi yang serba indah bertaraf lima bintang ini akan menjadi medan pertempuran para pesilat yang bakal merebut hadiah berjumlah RM20,000.00 sejak diperkenalkan pada 2018.

Tarikh kejohanan adalah pada 15-17 November 2018.

 

Berikut adalah kupasan lepas mengenai kejohanan yang berlangsung pada tahun ini (2018).

Siri III / 2018

Keputusan Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan Piala Aminuddin Anuar 2018 – Siri III

Siri II / 2018

Penonton Bersesak Hampir Meyebabkan Kejohanan Silat Tempur di Batalkan

Siri I / 2018

Australia Juara Keseluruhan Piala Aminuddin Anuar 2018

Berikut adalah butiran kejohanan pada tahun 2017.

Siri II/2017

Pesilat Australia dinobatkan Pesilat Terbaik Kejohanan

Siri I/2017

Kejohanan Silat Tempur Kini Bertaraf Antarabangsa

Berikut adalah butiran kejohanan pada tahun 2015

Silat Tempur Piala Aminuddin Anuar

Berikut adalah butiran kejohanan pada tahun 2014

1. Pertandingan Silat Tempur Malaysia 1 [Zon Tengah] – Berlangsung pada 11 hingga 13 april 2014 di Pusat Sukan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Program ini akan menghimpunkan para peserta silat dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak. Bilangan peserta seramai 300 orang (20 pasukan) kerana setiap pasukan mempunyai 15 orang peserta [8 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan].

2. Pertandingan Silat Tempur Malaysia 2 [Zon Selatan] – Berlangsung pada 22 hingga 24 Ogos 2014 di Universiti Teknologi MARA, Seremban 3, Negeri Sembilan. Program ini akan menghimpunkan para peserta silat dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Bilangan peserta seramai 300 orang (20 pasukan) kerana setiap pasukan mempunyai 15 orang peserta [8 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan]. Tujuannya untuk melahirkan pelapis silat sukan silat olahraga serta memahirkan pesilat remaja mengukuhkan kefahaman system pertandingan silat.

3. Pertandingan Silat Tempur Malaysia 2 [Zon Timur] – Berlangsung pada 25 hingga 27 Disember 2014 di Kuantan, Pahang. Program ini akan menghimpunkan para peserta silat dari negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. Bilangan peserta seramai 150 orang (10 pasukan) kerana setiap pasukan mempunyai 15 orang peserta [8 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan]. Tujuannya untuk melahirkan pelapis silat sukan silat olahraga serta memahirkan pesilat remaja mengukuhkan kefahaman system pertandingan silat.

Author: PemegangAmanah