Semua Sudah Bersedia? Jumpa Anda di IMAF2022.

International Martial Arts & Malay Silat Festival 2022 (IMAF2022) adalah satu festival atau karnival seni mempertahankan diri yang akan mendatangkan beberapa faedah dan manfaat yang bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi amat besar maknanya kepada silat dan sosiobudaya Malaysia.

Sekiranya Anda Berada Di Lembah Klang – Jemput Hadir Ke Acara Yang Pertama Kali Dijalankan Di Malaysia Ini Sepanjang Sejarah 65 Tahun Malaysia Merdeka.

Pasukan UNESCO ICM Telah Tiba Sebentar Tadi.

Sokongan Mereka Kepada Malaysia Selaku Negara Persilatan Amat Dihargai.

22 Orang Hadir Ke Malaysia Itu Tandanya Apa?

Tandanya Malaysia Telah Mendapat Pengiktirafan Dunia.

Apakah kepentingan IMAF 2022?

i. Mengukuhkan silat sebagai seni bela diri warisan bangsa Malaysia iaitu silat Melayu tradisi yang diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu iaitu silat asli tempatan atau silat versi Malaysia. Di Malaysia terdapat ratusan aliran perguruan pencak silat yang berasal dan mempunyai badan induk yang berdaftar di negara asalnya di mana pencak silat telah diiktiraf sebagai seni bela diri asli bangsa Indonesia.

ii. Silat sebagai warisan institusi pendidikan tradisi Melayu yang dapat membina jati diri, perpaduan dan ketahanan bangsa pada zahir dan batin. Pendidikan silat dapat mempertahankan generasi muda daripada gejala budaya negatif seperti ketagihan dadah, zina, judi, arak dan segala amalan yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada diri, bangsa dan negara.

iii. Silat telah membentuk budaya pahlawan yang menjadi teras seni budaya bangsa Malaysia. Budaya pahlawan terus diamalkan dalam majlis rasmi negara seperti pertabalan, pergelaran, pakaian, lambang, nikah kahwin, bahasa, adat istiadat, seni gerak, teater, bangsawan, amalan yang dapat membentuk perwatakan dan pandangan hidup bangsa Malaysia. Usaha mengukuhkan silat sebagai ciri budaya bangsa Melayu adalah merupakan tanggung jawab semua pihak.

iv. Silat melahirkan masyarakat sihat dan sejahtera. Silat bukan sahaja memberi kemahiran bela diri, tetapi dapat melahirkan masyarakat yang sihat pada zahir dan batin iaitu melalui aktiviti dan latihan fizikal, mental dan rohani. Misalnya permainan silat pulut dapat dibangunkan sebagai permainan rakyat yang popular dan silat.

v. Memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa terdapat banyak lagi seni mempertahankan diri di dunia yang dapat menyumbang kepada pengetahuan umum dalam usaha mengangkat silat selaku seni mempertahankan diri Malaysia.

SILAT UNTUK SEMUA

Author: PemegangAmanah