SELANGOR – JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN SILAT KEBANGSAAN 2023

SHAH ALAM, 18 JUN 2023 – Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 berlangsung di Shah Alam, dan Selangor melalui Akademi Silat Malaysia (ASM) telah menunjukkan prestasi hebat dengan menjadi johan keseluruhan silat kebangsaan. Kejayaan ini menjadi suatu kebanggaan bagi Selangor dan menunjukkan kecekapan dan bakat silat yang dimiliki oleh atlet-atlet negeri ini. Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 dianjurkan oleh Martial Arts & Combat Research Network, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dan Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA).

Sejak tahap awal kejohanan, para pesilat negeri Selangor telah menunjukkan ketangkasan dan kecekapan yang luar biasa dalam acara silat seni dan silat tempur. Mereka telah melalui sesi-sesi latihan yang intensif dan kini memetik hasilnya dengan memenangi pelbagai kategori dalam pertandingan tersebut. Berkat keberanian dan ketekunan mereka, Selangor telah menjulang nama negeri ini dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam dunia seni bela diri Silat Melayu.

Kejayaan ini tentunya tidak akan terwujud tanpa sokongan dan bimbingan dari pelatih-pelatih yang berpengalaman di negeri Selangor. Mereka telah bekerja keras dan melatih atlet-atlet mereka dengan tekun demi mencapai prestasi terbaik. Kepimpinan pelatih-pelatih ini telah membantu pesilat-pesilat Selangor mencapai tahap unggul dalam teknik dan strategi, yang akhirnya menghasilkan kejayaan dalam kejuaraan ini.

Para pesilat daripada Selangor tidak hanya memenangi pertandingan individu, tetapi juga mencapai kejayaan besar dengan menjadi juara keseluruhan piala silat seni dan silat tempur. Prestasi ini adalah bukti ketekunan dan kerjasama yang tinggi antara atlet-atlet Selangor. Dalam setiap cabang pertandingan, pasukan Silat Selangor menunjukkan kesungguhan dan kemahiran yang tinggi.

Rata-rata pesilat Akademi Silat Malaysia berlatih di Shah Alam sekali seminggu. Rata-rata pesilat adalah para atlet separuh masa, namun telah membuktikan bahawa walaupun tanpa modal dan sumber yang mencukupi untuk menjalani persiapan yang intensif, pasukan ini mampu menjadi kuasa besar dalam kejohanan Silat Melayu menyerlahkan kebijaksanaan dan kesungguhan ASM yang telah mula mencipta nama di arena silat negara sejak 2016.

Kejayaan Selangor dalam kejohanan Silat Kebangsaan 2023 telah mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai pusat silat utama di Malaysia. Prestasi ini sememangnya merupakan inspirasi kepada generasi muda dalam Selangor dan juga di seluruh negara. Ia mengingatkan kita bahawa dengan kerja keras, ketekunan, dan sokongan yang mencukupi, kita juga boleh mencapai kejayaan besar dalam bidang yang kita minati.

Lebih manis lagi apabila ramai atlet-atlet di negeri Selangor mendapat Anugerah MVP dan Pesilat  Harapan di Kejohanan Silat Kebangsaan 2023. Mereka adalah:

ACARA: SILAT SENI
PESILAT TERBAIK TUNAS PUTERA :MOHAMAD AISY LUQMAN MOHAMAD NIZAM (SELANGOR, ASM)
PESILAT TERBAIK TUNAS PUTERI :PUTERI EIMAAN SAFIYYA MOHAMAD NIZAM (SELANGOR, ASM)
PESILAT TERBAIK REMAJA PUTERA :ABDULLAH BASIR (SELANGOR, ASM AUSTRALIA)
PESILAT TERBAIK REMAJA PUTERI : PUTERI EILYA SOFEA MOHAMAD NIZAM (SELANGOR, ASM)
PESILAT HARAPAN TUNAS PUTERI : SARAA AMANDA RACHEL BINTI SAIFUL AKBAR (SELANGOR, ASM)
PESILAT HARAPAN REMAJA PUTERA : AMZAR JOHAN (SELANGOR, KSOFB)
PESILAT HARAPAN REMAJA PUTERI : SEDRAT ALMONTAHA ESMAIL (SELANGOR, ASM SYRIA)

ACARA: SILAT TEMPUR
PESILAT TERBAIK TUNAS PUTERA : MUHAMMAD FIRAS QAYYUM BIN SHAHRUL FAZLI (SELANGOR, ASM)
PESILAT TERBAIK TUNAS PUTERI : PUTERI EIMAAN SAFIYYA MOHAMAD NIZAM (SELANGOR, ASM)
PESILAT TERBAIK PRA-REMAJA PUTERA : MOHAMAD AZRAF LUQMAN BIN MOHAMAD NIZAM (SELANGOR, ASM)
PESILAT TERBAIK PRA-REMAJA PUTERI : PUTERI EILYA SOFEA MOHAMAD NIZAM (SELANGOR, ASM)
PESILAT HARAPAN TUNAS PUTERA : AYMAN AFFAN BIN ZAKARIA (SELANGOR, KSOFB)
PESILAT HARAPAN TUNAS PUTERI : NUR QISYA DAMIA BINTI SHAHRUL FAZLI (SELANGOR, ASM)
PESILAT HARAPAN PRA-REMAJA PUTERA : MUHAMMAD BASIR (SELANGOR, ASM AUSTRALIA)

PESILAT HARAPAN PRA-REMAJA PUTERI : NUR IMAN HUMAYRAA BINTI MOHAMAD FAHMI (SELANGOR, ASM)

ACARA: SILAT OLAHRAGA 

PESILAT HARAPAN DEWASA PUTERI : PUTERI ELISSA SARAH BINTI MOHAMAD NIZAM (SELANGOR, ASM)
PESILAT HARAPAN REMAJA PUTERA : MOHAMAD AZRAF LUQMAN BIN MOHAMAD NIZAM (SELANGOR, ASM)

Selamat kepada pasukan Silat Selangor atas kejayaan cemerlang ini!

Semoga ia menjadi pemangkin untuk lebih mempromosikan Silat Melayu di Selangor dan merangsang minat rakyat Malaysia yang lebih luas kepada sukan ini.

Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 memberikan tumpuan kepada beberapa perkara antaranya mengembalikan silat sebagai medium perpaduan di Malaysia dan persada antarabangsa sebagai satu keluarga, seterusnya memperkukuhkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi Malaysia sebagai warisan bangsa, selain mempromosikan warisan dan budaya Malaysia kepada masyarakat dunia seni mempertahankan diri serta untuk memperjuangkan kerjasama penyelidikan, aktiviti dan program dengan rakan kongsi global di seluruh dunia. 

 

Author: PemegangAmanah