PSGFM DUTA SILAT MALAYSIA KE EROPAH

Amanah Rakyat –

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) kini menerima amanah yang diberikan oleh rakyat Malaysia selaku duta Silat ke Eropah. Sembilan delegasi yang mewakili Malaysia ke eropah bakal merencanakan sejarah besar dalam kamus persilatan di Malaysia.

Delegasi Malaysia akan diketuai oleh Tuan Guru GM Proff Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

 

 

Pengorbanan Besar –

Tidak seperti pertubuhan silat yang hanya bergantung hanya kepada dana dan geran daripada kerajaan mahupun sumbangan, pihak PSGFM Official bergerak secara berpasukan dan mengeluarkan belanja sendiri untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Pengorbanan besar ini amatlah dihargai oleh pihak PSGFM Official kerana individu-individu ini jelas tidak penting diri dan mementingkan kepentingan agama, bangsa dan negara dalam mengembangkan silat ke eropah.

 

 

Objektif SET2018 –

Sejak 2014 program yang dikenali sebagai Silat European Tour (SET) ini telah menaikkan imej silat di Eropah. Program ini telah dipandang tinggi oleh para peminat silat di serata dunia kerana komitmen yang diberikan oleh PSGFM Official.

Amanah yang diberikan oleh Guru Utama PSGFM Official, Tuan Guru Super Grandmaster Aminuddin Anuar telah digalas oleh mereka yang sanggup memegang amanah ini.

 

 

Author: PemegangAmanah