Majlis Berbuka Puasa PSGFM Disambut Penuh Kesyukuran

Kinrara, Puchong – Majlis Berbuka Puasa Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) berlangsung dalam penuh suasana penuh kesyukuran di Kinrara Resort & Hotel.

Timbalan Pengerusi, Tuan Mohd Saofiean Bin Bachok hadir mewakili TG GM Aminuddin Anuar tiba awal mengikuti keseluruhan penerangan ringkas oleh Naib Setiausaha Agung, Cik Azizah Aziz.

Majlis bermula pada pukul 6 petang dengan Mesyuarat Majlis Tertinggi PSGFM Official dan diikuti dengan tazkirah daripada penceramah yang dijemput khas. 

Saofiean yang baru pulang dari Sumatera adalah wakil PSGFM Official dengan misi keamanan dalam membantu masyarakat yang kurang bernasib baik di sana. Selain itu juga, beliau yang berucap kepada ahli-ahli MT mengucapkan syabas dan tahniah di atas perkembangan PSGFM Official yang merupakan satu-satunya agensi yang mengembangkan Silat Melayu secara holistik.

Seterusnya adalah majlis berbuka puasa dalam suasana yang serba sederhana. Para tetamu kemudiannya solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Farhan.

Majlis berakhir pada jam 8.30 malam di mana para tetamu bersurai untuk solat Isyak dan Terawih berjemaah di Masjid Kinrara, Puchong.

Syabas PSGFM Official!

Author: PemegangAmanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.