Kejayaan Silat Melayu – Tahniah Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie di atas Pelantikan Sebagai Timbalan Dekan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan tahniah kepada Prof. Madya. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie di atas pelantikan selaku Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jalinan Industri) Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Beliau juga adalah ahli seumur hidup PSGFM, Pakar Silat Malaysia dan Antarabangsa, Pendeta Silat dan Panel Penasihat Seni Mempertahankan Diri UNESCO-ICM, pencapaian beliau menjadi inspirasi kepada semua pesilat di Malaysia mahupun Antarabangsa. Ini membuktikan bahawa bidang persilatan telah melahirkan bintang permata yang mewarnai industri pendidikan tinggi negara.

Pihak PSGFM berasa bangga dan terpanggil untuk berkongsi kejayaan ini kepada semua. Semoga kita mengambil inspirasi kepada kejayaan ini.

FATANI NUSA BAKTI

 

 

Author: PemegangAmanah