Kejayaan PSGFM menjadi contoh kepada semua pihak yang ingin mengembangkan Silat Melayu

Shah Alam, Selangor – Kejayaan demi kejayaan yang diterima oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) adalah merupakan satu amanat yang diberikan oleh semua pihak yang mengikuti perkembangan Seni Silat Malaysia di persada nasional dan antarabangsa.

Sebagai sebuah pertubuhan silat yang mengembangkan Seni Silat Melayu ke semua peringkat khasnya di peringkat akar umbi, kejayaan-kejayaan ini adalah merupakan satu anjakan yang membuktikan usaha keras dan tawakkal kepada Allah adalah kunci rahsia kejayaan PSGFM.

Terkini, PSGFM baru sahaja memberikan pengiktirafan kepada para pesilat, jurulatih dan agensi-agensi yang bekerja keras menyumbang bakti dalam persilatan demi agama, bangsa dan negara.

Di antara pencapaian-pencapaian yang menjadi buah mulut masyarakat seni mempertahankan diri dalam dan luar negara terhadap PSGFM adalah Silat European Tour 2014, 2016, 2018, 2019, kejohanan liga silat pertama di dunia iaitu Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa pada setiap tahun mulai 2014 dan terkini bakal menganjurkan persidangan antarabangsa GSMACCC & IMACSSS 2020 pada 10-12 Oktober 2020, di Putrajaya.

Maklumat lanjut mengenai kejayaan-kejayaan ini boleh di dapati di Ruangan Kejayaan PSGFM 2013 – kini.

Syabas PSGFM

Author: PemegangAmanah