Keaslian Seni Silat Melayu Akan Dipertontonkan Kepada Semua Peminat di Kejohanan Silat Kebangsaan 2023

Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 yang akan dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dengan kerjasama Martial Arts & Combat Sports Research Network (AIRBONE), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM (FSR, UiTM) dan Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA)  pada 16 hingga 18 Jun 2023 di U8 SPACE, Bukit Jelutong, Shah Alam Selangor bakal menarik minat ramai penggemar seni silat dari serata negara. Acara ini menjadi penghubung antara para pesilat untuk bertanding dalam mempertontonkan kemahiran mereka serta memamerkan kepelbagaian gaya dan seni dalam dunia silat.

Dengan perancangan yang matang dan sistem yang efisien, Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 ini pasti akan menjadi satu acara yang berjaya. Terdapat pelbagai kategori dalam pertandingan ini seperti kategori silat seni, silat olahraga dan silat tempur kepada acara pasukan bagi memastikan semua peserta dapat memberikan yang terbaik.

Para pemenang akan menerima hadiah yang sangat bernilai serta akan dibawa pulang trofi kebangsaan, yang membuktikan mereka merupakan yang terbaik dalam seni silat. Selain itu, acara ini turut memeriahkan dengan bermacam-macam aktiviti yang pasti mencipta suasana ceria dalam acara tersebut.

Melalui acara ini juga, Pesilat Malaysia mampu menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia turut mempunyai kemahiran dalam dunia seni silat. Bukan itu sahaja, acara ini juga memberi peluang kepada pesilat-pesilat muda untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang silat dan mendapat pengalaman dengan cara bertanding kepada pesilat-pesilat di seluruh negara.

Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 ini turut mendapat sokongan daripada pihak kerajaan dan pengurusan yang berdedikasi yang tidak putus-putus memberi sumbangan serta pendapat dari sudut pandang profesional untuk memastikan acara ini berjalan dengan lancar.

Kami percaya ianya akan menjadi satu kenangan yg terindah untuk setiap penggemar seni silat kerana bukan setakat menghiburkan malah turut memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada peserta-peserta yang terlibat dengan acara ini. Oleh itu, marilah kita menyokong acara ini dan memberikan sokongan sepenuhnya pada pesilat kita.

Siapakah pesilat yang akan menang pada Kejohanan Silat Kebangsaan 2023? Mari kita tunggu dan lihat!

Author: PemegangAmanah