IMAF2022 – Penyertaan dari dalam dan luar negara semakin meningkat, Syabas PSGFM!

Alhamdulillah.

Luar biasa.

Tiada kata-kata mampu diucapkan lagi.

IMAF2022 mendapat sambutan hebat dalam dan luar negara.

Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia menyokong program International Martial Arts Festival 2022 (IMAF2022) yang bakal berlangsung pada 28 – 30 September 2022 di Hotel Everly, Putrajaya. 

Pihak PSGFM & FSR UiTM juga mendapat rakan strategik dari International Centre of Martial Arts for Youth Development and Engagement under the auspices of UNESCO (UNESCO – ICM), International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS), dan Malaysia Martial Arts Federation (MMF).

Sehingga kini IMAF2022 telah menerima penyertaan peserta dari luar negera iaitu Portugal, Poland, Jerman, Amerika Syarikat, Brazil, Slovenia, United Kingdom, Korea Selatan, Jepun dan Malaysia.

Festival seni mempertahankan diri ini bukan sekadar untuk semua ahli sukan seni mempertahankan diri, penyelidik, pengamal, pakar dan pengkaji akademik dari seluruh dunia tetapi juga membuka ruang kepada para peminat, pengamal industri, pegawai pelaksana, dan orang awam untuk hadir selama tiga hari mempelajari dan menambah pengetahuan berkenaan isu-isu terkini mengenai dunia seni mempertahankan diri dan sukan kombat. 

Baru-baru ini Penaung PSGFM & PESONA iaitu YB Datuk Abdul Rashid Asari dan GM Prof Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah berkunjung ke Pejabat Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan untuk menerangkan kepada pihak kementerian mengenai program ini yang bakal dihadiri oleh pihak United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang bertanggungjawab dalam urusan seni mempertahankan diri dunia iaitu The International Centre of Martial Arts for Youth Development and Engagement under the auspices of UNESCO (Category 2 Centre, Social and Human Sciences Sector) (UNESCO ICM).

Kejayaan ini pastilah amat bermakna kepada Malaysia selaku negara Seni Silat Malaysia di dunia.

Kita doakan agar program ini berjalan lancar dan mendapat sokongan pada semua pihak dalam usaha PSGFM memartabakan Silat di persada dunia. InsyaAllah.

FATANI NUSA BAKTI

Author: PemegangAmanah