IMACSSS 2020

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa 2nd Global Scientific Martial Arts And Cultural Congress 2020 [GSMACC2020] yang bakal berlangsung pada 10-12 Oktober 2020. Ini adalah kesinambungan daripada Kongres Seni Gayung Fatani Antarabangsa yang telah berlangsung pada 18 Ogos 2018 di mana melibatkan sejumlah penyertaan dari seluruh semenanjung Malaysia. Kini kongres tersebut diberikan penjenamaan dikenali sebagai GSMACC2020.

Menarik kali ini apabila, GSMACC2020 bakal bergabung dengan Persidangan Antarabangsa iaitu International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS) Conference yang bakal menarik perhatian hampir 40 buah negara dari seluruh dunia untuk hadir ke Malaysia.

Selain itu, Seminar Silat Melayu Antarabangsa, Bengkel dan Persembahan Silat Melayu turut dijangkakan berlangsung pada GSMACC2020. Selain itu, pameran seni mempertahankan diri dan Kejohanan Silat Tempur Jemputan Antarabangsa juga bakal dihadiri oleh para pesilat dari Australia, Maghribi, Syria, Malaysia dan lain-lain bakal memeriahkan lagi GSMACC2020.

Jesteru itu, pihak PSGFM Official telah melantik Tuan Guru GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie selaku Pengarah GSMACC2020. Penganjuran kali ini juga turut disokong oleh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor dan IMACSSS.

Beberapa syarikat teknologi gergasi dalam bidang sains sukan, infotainment dan biomekanik telah memberikan persetujuan untuk menyertai GSMACC2020 seperti Summit Features dan VICON.

 

Author: PemegangAmanah