Anugerah Silat Kebangsaan 2020

Anugerah Silat Kebangsaan 2020 (ASK2020) bakal berlangsung pada 4 Disember 2021.  Selepas 3 kali tertangguh disebabkan oleh pandamik Covid19 sejak Januari 2020, ASK 2020 bakal memberikan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Ini kerana ia adalah program pertama PSGFM selepas kelonggaran fasa 4 Pelan Pemulihan Negara diberikan di Lembah Klang.

Selain itu juga, pelbagai program yang bakal berlangsung dalam memberi pengiktirafan kepada individu, agensi, pasukan dan mana-mana organisasi yang memertabatkan Silat Melayu dalam tahun 2020. Selain itu, ASK 2020 bakal diserikan lagi dengan ramai tetamu kehormat, penaja, para pesilat, para ibu bapa, penjaga dan peminat-peminat Silat Melayu termasuklah wakil media masa. Perasmian bakal dilakukan oleh Penaung PSGFM iaitu Datuk Abdul Rashid Asari.

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan Encik Muhammad di talian +6011 – 5933 9337. Jumpa anda di sana.

FATANI NUSA BAKTI.

 

Author: PemegangAmanah