Anugerah Silat Kebangsaan 2018 berlangsung gemilang.

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM OFFICIAL) telah mengadakan majlis Anugerah Silat Kebangsaan 2018 (ASK2018) yang gilang-gemilang di Kinrara Resort, Puchong Shah Alam.

Tuan Guru Utama, YM Super GM Aminuddin Anuar di ASK2018

Majlis dihadiri oleh tetamu terhormat dari Sandakan Sabah iaitu Tuan Guru Utama, YM Aminuddin Anuar yang tiba memeriahkan majlis tersebut. Beliau yang baru tiba dari mesyuarat pemimpinan tertinggi Amanah Sabah yang turut disertai oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Sabu.

Kehadiran beliau jelas memberikan impak kepada ASK2018 apabila beliau memberikan maklumat terkini mengenai perjalanan PSGFM Official untuk 10 tahun akan datang.

Beliau juga telah menerima 2 Anugerah Tertinggi ASK2018 iaitu Anugerah Pendita Silat & Anugerah Pakar Silat Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada beliau.

Antara Majlis Tertinggi PSGFM yang hadir ke ASK2018
YM Super GM Aminuddin Anuar bersama tetamu ASK2018

Author: PemegangAmanah