Yayasan Nurani Malaysia Selaku Penaja Platinum ASK2020

Malam Anugerah Silat Kebangsaan 2020 (ASK 2020), anjuran Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dengan kerjasama Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia [PESONA Malaysia] dan World Silat Federation [WSF] akan berlangsung pada 4 Disember 2021 di Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre (dahulu dikenali sebagai PNB Darby Park Hotel).

Malam ASK 2020 ini adalah kesinambungan pelancaran kiraan detik (count-down) sambutan 50 tahun PSGFM pada tahun 2026. Seramai 100 individu telah dikenal-pasti daripada 30 agensi Silat Melayu terlibat dalam majlis anugerah Silat Melayu berprestij ini.

Pihak Majlis Tertinggi (MT) PSGFM yang ketika ini giat mempromosikan ASK 2020 untuk tajaan korporat dari pelbagai agensi. Kehadiran beberapa tokoh silat dan perniagaan tempatan dan antarabangsa bakal memberikan impak yang besar pada pengembangan industri silat di Malaysia.

Terkini Yayasan Nurani Malaysia bersetuju menjadi rakan penaja ASK2020. Sekalung penghargaan kepada Dato Nasru Syawan Nawai selaku CEO Yayasan Nurani Malaysia di atas komitmen dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan ASK2020.

 

Author: PemegangAmanah