Yayasan Digital Malaysia Bersetuju Menjadi Penaja IMAF2022

Alhamdulillah.

Lagi Syarikat dan Agensi yang bersetuju menjadi penaja IMAF2022.

Terkini Yayasan Digital Malaysia bakal bersama PSGFM untuk penganjuran IMAF2022.

 

Yayasan Digital Malaysia adalah yayasan yang ditubuhkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) pada Jun 2020. Fokus Yayasan Digital adalah dalam bidang digital merangkumi pelbagai segmen seperti ICT, Telekomunikasi, Multimedia, Robotik dalam pelbagai industri seperti Keselamatan, Perniagaan, Modal Insan dan sebagainya.

Misi Yayasan Digital Malaysia adalah:

  • Menjadi pemangkin kepada industri pendigitalan dalam pelbagai segmen
  • Meningkat kebolehpasaran tenaga kerja dan pelajar
  • Menggalak dan menyokong pertumbuhan usahawan digital dalam pelbagai industri
  • Meningkatkan dan mengembankan hasil idea dan ciptaan tempatan

 

IMAF2022 bertujuan untuk memasyarakat silat dalam sosiobudaya Malaysia dengan menghimpunkan para pengamal silat Melayu tradisi atau silat asli tempatan versi Malaysia ke satu festival seni mempertahankan diri peringkat antarabangsa.

Melalui IMAF2022 ini masyarakat dapat mengenali gerak, kaedah, rupa dan bentuk silat Melayu tradisi Semenanjung dari aspek seni, bela diri, muzik silat baku Malaysia dan permainan silat pulut di samping menambah pengetahuan mengenai seni mempertahankan diri yang lain di dunia. Oleh itu penganjur akan mengadakan pelbagai bentuk acara seperti persembahan, pertandingan, pameran, seminar dan sebagainya bagi menghasilkan kesan yang positif kepada silat Melayu di Malaysia.

SILAT UNTUK SEMUA

 

Author: PemegangAmanah