Summit Features Setuju Menjadi Penaja IMAF2022

Malaysia masih memiliki silat asli tempatan yang dikenali sebagai silat Melayu tradisi seperti yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di desa-desa Semenanjung Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai silat pulut. Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia adalah merupakan nama pendaftaran bagi salah satu daripada kumpulan silat Melayu tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya.

Pertubuhan ini telah berjaya membangunkan dan mengembangkan silat Melayu tradisi di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Bagi meneruskan pembangunan silat Melayu tradisi di Malaysia, maka satu KARNIVAL SILAT MELAYU TRADISI bakal diadakan di kenali sebagai IMAF2022.

Pada zaman dahulu, setiap negeri Melayu terdapat institusi ilmu pendidikan silat yang melahirkan ramai pahlawan. Kehadiran penjajahan barat, istana tidak lagi memiliki pahlawan dan orang perang. Silat berkembang di desa meneruskan peranan memupuk ketahanan masyarakat pada zahir dan batin. Selama 511 tahun, orang Melayu dapat mempertahankan adat, budaya dan akidah agama dari budaya dan pengaruh penjajah.

Mungkin hari ini seperti tiada suatu pun institusi lain di luar bidang pendidikan formal dapat menggantikan peranan silat. Sebagai langkah pertama mengukuhkan silat Melayu tradisi dalam sosiobudaya Malaysia ialah mengadakan satu Karnival Silat Melayu yang menghimpunkan seluruh pengamal silat Melayu tradisi di Malaysia, cawangan silat PSGFM dan beberapa kumpulan lain sebagai jemputan.

Melalui Karnival ini, masyarakat akan mengenali aliran silat Melayu tradisi Semenanjung dari aspek seni, bela diri, permainan silat tradisi (silat pulut), muzik silat baku Malaysia, pertandingan silat Melayu tradisi, pertandingan pergendangan silat, adat istiadat dan sejarah silat Melayu melalui pameran dan seminar.

Seminar akan disampaikan oleh tokoh budaya dan pakar silat dengan judul yang sehubungan dengan peranan, sejarah, adat istiadat, budaya pahlawan, bahasa dan istilah silat dan seni perang Melayu tradisi ke arah usaha memartabatkan silat sebagai seni bela diri bangsa Malaysia. Tujuannya untuk mengukuhkan silat sebagai seni bela diri bangsa Malaysia dan Malaysia sebagai negara.

Terkini syarikat gergasi Summit Features Sdn Bhd (SFSB) bersetuju menjadi penaja untuk IMAF2022. Berikut adalah serba sedikit maklumat mengenai syarikat tersebut:

• Sebuah Syarikat Bumiputera tempatan yang berpangkalan di Kelana Jaya
• Menyediakan perkhidmatan Motion Capture (MoCap), termasuk Gait Analysis System bersama Force Platform dan Electromyograph.
• Summit Features juga pengedar rasmi peralatan Biomechanics di wilayah Asia Tenggara merangkumi peralatan:
1- Motion Capture – VICON, Oxford, UK
2- Electromyograph – Cometa, Italy
3- Force Plate, AMTI, USA
4- Motek, Nederlands
• Summit Features juga menyediakan perkhidmatan pemasangan peralatan dalam bidang Sukan, Rehab, Kejuruteraan & Hiburan.
• Memiliki kepakaran VICON (Oxford) Certified Specialist yang terlatih dalam Motion Capture Technology.

SFSB adalah sebuah syarikat ‘motion capture” #1 Asia Tenggara yang menjadi pembekal sistem VICON di Malaysia dan negara-negara berdekatan. SFSB adalah gabungan unik teknologi tangkapan gerakan terbaik, program dan kepakaran. SFSB menyediakan dan menyepadukan sistem tangkapan gerakan tersuai sepenuhnya untuk penyelidikan pergerakan manusia, penjejakan objek, kesan visual, permainan, realiti maya dan tambahan.

Ucapan CEO SGSB berkenaan IMAF2022:

Summit Features is the provider of Malaysian #1 motion capture integrator and life sciences equipment. We are Malaysian and South East Asia Support for Vicon Motion Capture system consists of Gait Analysis including Force Platform and Electromyography (EMG).

Our offer is a distinctive combination of the best quality motion capture hardware, software, and experience. We supply and integrate completely customized motion capture systems for human movement research, object tracking, visual effects, gaming, and augmented reality.

We bring realistic production experience for motion capture systems to your company or university.

We have our local expertise which is able to perform the design, service, and maintenance Vicon Motion Capture System as Gold Standard Service to the customer.

Whatever your motion capture requirements the team at Summit Features can help.

Mohamad Azlan Mohamed Shapie, CEO SFSB

Selamat Datang ke IMAF2022 kepada SFSB.

Author: PemegangAmanah