Sudahkah ANDA Bersedia?

Pasukan penganjur yang terdiri daripada gabungan pelbagai agensi dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA Malaysia), IMACSSS dan lain -lain telah berkampung di Everly Hotel, Putrajaya sejak hari Rabu (7.10.2020).

Ini adalah persedian paling mantap dalam menganjurkan persidangan bertaraf dunia iaitu International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society Conference 2020 (IMACSSS) dan Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress 2020 (GSMACC) yang bakal disertai oleh 300 orang peserta dari dalam dan luar negara.

Kurang dari 12 jam, perasmian IMACSSS & GSMACC 2020 akan berlangsung di Everly Hotel, Putrajaya.

Adakah anda sudah bersedia?

Jumpa di sana!

Author: PemegangAmanah