Silat Sebagai Ibu Budaya Melayu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Pihak Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA), Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, Selangor dengan kerjasama Martial Arts Combat Sports Research Network (UiTM), ANS Academy, Summit Features Sdn Bhd menganjurkan Seminar Silat Melayu Antarabangsa sempena Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress 2022 (GSMACC2022) dari 21 – 24 Julai 2022.
 
 
 
Empat tajuk forum yang bakal dikongsi bersama para peminat ialah:
 
1. Silat sebagai ibu budaya Melayu (hari pertama)
2. Silat dan Wanita
3. Silat, Teknologi dan Sukan
4. Silat di Peringkat Antarabangsa
 
Para penceramah dan moderator yang berpengalaman dan profesional dari pelbagai bidang persilatan bakal memberikan impak dalam program ini.
 
Semua peminat persilatan dijemput hadir melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/pesonamalaysiaofficial
 
Para peminat akan hadir akan diberikan sijil penyertaam untuk program ini.
 
Jumpa di sana!
 
 

Author: PemegangAmanah