Kejohanan Silat Tempur Bakal Menerima Pesilat Syria

Shah Alam, Selangor – Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa, Piala Aminuddin Anuar Siri 3 / 2019 akan berlangsung pada 27-29 September 2019.

Kejohanan kali ini akan diadakan di Kinrara Resort, Puchong Selangor.

Seramai 100 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk kejohanan kali ini yang bakal menerima tetamu khas yang sentiasa menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official).

Semua dijemput hadir untuk ke kejohanan kali ini.

Tiket untuk ke kejohaan kali ini berharga RM5 dan boleh didapati di kaunter jualan tiket di Kinrara Resort, Puchong pada hari 27.9.2019 mulai jam 3 petang.

PSGFM Official telah menerima permohonan dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam untuk para pelajar program Sains Sukan, Ijazah Sarjana Muda menjalankan kajian sukan prestasi semasa hari pertandingan berlangsung.

Sebarang persoalan sila berhubung dengan Mohd (0193244038).

Jumpa di sana!

FATANI NUSA BAKTI

Author: PemegangAmanah