Covid19 Menyerang Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020.

Tempoh permulaan perintah ini sedang berkuatkuasa bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Pihak pertubuhan ADALAH DILARANG untuk melaksanakan aktiviti perhimpunan/ persidangan/mesyuarat agung tahunan sehingga akhir Jun 2020. 

Perkara ini adalah selaras dengan arahan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 16 Mac 2020 berhubung penularan wabak COVID-19.

Hal ini juga mengambil kira arahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan yang memohon agar semua rakyat Malaysia mengelakkan sebarang bentuk mass gathering atau mengadakan perhimpunan di sesuatu tempat yang boleh mengakibatkan penularan wabak COVID-19.

Di samping itu, semua perhimpunan / program / acara belia / dan sukan anjuran / kelulusan KBS dan agensi – agensi di bawah seliaan KBS sehingga 30 April 2020 perlu DITANGGUHKAN selaras dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh YB Menteri pada 13 Mac 2020 berkenaan penangguhan atau pembatalan.

Kepada semua ahli PSGFM di seluruh Malaysia diharapkan bertenang dan menggunakan ruang yang ada ketika ini untuk berada di rumah bersama-sama keluarga tercinta.

Author: PemegangAmanah