Walaupun Tidak Cukup Rehat, Amir Riang di Hari Bahagia

Pihak Majlis Tertinggi (MT) Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) ingin mengucapkan tahniah kepada Saudara Amir Asyraf yang telah menjadi Raja Sehari pada satu majlis gilang-gemilang di Shah Alam.

Pihak MT telah diwakili oleh Tuan Guru Grandmaster Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang hadir meraikan majlis berkenaan bersama beberapa orang ahli MT dan pesilat PSGFM.

Saudara Amir adalah merupakan salah seorang delegasi Malaysia yang telah terlibat secara langsung dalam program Silat European Tour 2014 di Poland. Pasukan Malaysia telah mendapat persembahan terbaik di antara pelbagai seni mempertahankan diri yang mempersembahkan gerak seni dan teknik beladiri masing-masing.

Sumbangan besar daripada Amir amat dihargai oleh seluruh masyarakat di Malaysia.

Semoga Berbahagia ke anak cucu.

SILAT EUROPEAN TOUR

Author: PemegangAmanah