Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2019 – Siri 1

Kinrara, Puchong, Selangor – Sebanyak 16 kelas daripada empat kategori yang melibatkan 50 orang peserta bakal dipertandingkan pada Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa Siri 1/2019. Kejohanan akan berlangsung di Kinrara Resort, Punchong Selangor pada 22-24 Mac 2019.

Sebanyak 12 pasukan bakal bertanding pada kejohanan selama 3 hari ini. Berikut adalah sejarah penganjuran silat tempur yang dianjurkan sebelum ini oleh PSGFM:

10-12/04/14 Universiti Malaya, KUALA LUMPUR
21-23/08/14 Universiti Teknologi MARA, SEREMBAN
23-25/12/14 Seri Gelora Hall, KUANTAN
07-09/05/15 Section 7 Hall, BANDAR BARU BANGI
24-26/08/17 Section 2 Hall, BANDAR BARU BANGI
23-25/11/17 Section 7 Hall, BANDAR BARU BANGI
25-27/01/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
03-05/05/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
09-11/08/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
31/1/2018 – 02/12/18 Kinrara Resort, PUCHONG

Kejohanan ini adalah kejohanan yang kesebelas (11) yang bakal dianjurkan oleh PSGFM yang mana turut disertai oleh para pesilat dari negara Australia dan Syria.

Bercakap kepada media PSGFM, Pengarah Kejohanan, Cik Azizah Aziz menyatakan bahawa tarikan kepada penyertaan kali ini adalah pengalaman pesilat pada penganjuran yang lepas membawakan hampir 70% para pesilat yang mempunyai ranking silat tempur kembali menyertai kejohanan kali ini.

Di samping itu juga, pihak penganjur memastikan bahawa setiap pesilat yang bertanding mempunyai peluang untuk mempamerkan bakat pendekar mereka dengan sekurang-kurangnya 2 kali perlawanan untuk setiap peserta. Kaedah ini terbukti memberi kelebihan kepada para pesilat yang baru bertanding supaya sentiasa memperbaiki kelemahan dan teknik-teknik silat yang dilatih di gelanggang-gelanggang silat di seluruh negara.

Di antara kelab-kelab elit silat di Malaysia yang bakal menyertai kejohanan berprestij ini adalah:

  1. Kelab Silat Fatani Bersatu
  2. Kelab Silat Tempur Serdang
  3. Kelab Silat Olahraga Seremban
  4. Kelab Silat SRAI
  5. Kelab Silat Tempur Sepang
  6. Kelab Silat Olahraga Bandar Baru Bangi
  7. Kelab Silat Putrajaya
  8. Kelab Silat Puchong Perdana
  9. Kelab Silat KL Permata
  10. Akademi Silat Malaysia
  11. Akademi Silat Malaysia, Australia
  12. Akademi Silat Malaysia, Syria
  13. Kelab Silat UM
  14. Kelab Silat UiTM Seremban 3

Kejohanan kali ini juga memperkenalkan pembayaran tiket untuk kepada para penonton yang hadir. Cabutan bertuah kepada para pemenang yang bertuah pada jam 11 pagi dan 3 petang.

Pihak PSGFM mengucapkan selamat maju jaya kepada para pesilat yang mengambil bahagian!

Author: PemegangAmanah