Silat Tempur Mendapat Perhatian Antarabangsa

Shah Alam, Selangor – Sukan Silat Tempur kini telah mendapatkan pengiktirafan antarabangsa apabila kajian mengenai sukan yang terkenal di kalangan kanak-kanak dan remaja ini telah diterbitkan di jurnal ilmiah antarabangsa. Sukan yang telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan dan jemputan antarabangsa ini adalah hasil penyelidikan GM Tuan Guru Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan mula dipertandingkan sejak 2013.

Kejohanan ini juga telah mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri Selangor dan agensi swasta yang berminat melihat dengan lebih dekat sukan tempur ini. Kejohanan ini juga telah menarik perhatian agensi antarabangsa di Sports Industry Awards 2015, di Makati, Manila, Filipina apabila PSGFM telah dinobatkan antara agensi sukan terbaik di Asia.

Artikel berjudul Silat Tempur: An Overview of the Children’s Combat Sports ini telah berjaya menarik perhatian para pengulas artikel ilmiah antarabangsa. Kejayaan ini bukanlah yang pertama kerana artikel awal mengenai sukan silat tempur ini juga telah diterbitkan dalam edisi khas Silat Tempur : The Children Combat Sports di dalam Proceedings of the 3rd International Colloquium on Sports Science, Exercise, Engineering and Technology oleh Springer, Singapura pada tahun awal tahun 2018. Tajuk yang sama juga telah dibentangkan di International Colloquium on Sports Science, Exercise, Engineering and Technology di Kota Kinabalu, Sabah pada Disember 2016.

Journal IDO MOVEMENT FOR CULTURE. Journal of Martial Arts Anthropology adalah terbitan Idōkan Poland Association berpusat di Rzeszow, Poland telah menyiarkan artikel mengenai sukan silat tempur ini sejak awal bulan Mac 2019.

Artikel yang telah ditulis oleh GM Tuan Guru Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie ini telah mendapat tempat pada Oktober 2018 apabila telah dibentangkan di 4th World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 7th International Conference of IMACSSS di University of Rzeszów, Rzeszów (Poland) pada 17 – 19 Oktober 2018.

Lebih membanggakan lagi apabila artikel penulisan GM Dr Mohamad Nizam telah mendapat tempat untuk diterbitkan dalam edisi khas journal tersebut. Untuk pengetahuan semua, journal ini adalah sumber utama dalam penulisan ilmiah dan akademik yang spesifik dalam seni mempertahankan diri dan sukan kombat di peringkat antarabangsa. Journal ini mempunyai indeks piawai antarabangsa di SCOPUS dan WEB OF SCIENCE (ISI)

Syabas GM Dr Mohamad Nizam!

Author: PemegangAmanah