Tahniah kepada Pemenang ASK2017

Shah Alam, 15 Julai 2017

Anugerah Silat Kebangsaan 2017  atau ASK 2017 telah berlangsung meriah sebentar tadi di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Anugerah ini diadakan pada setiap tahun untuk menghargai jasa individu yang memberikan sumbangan terbaik di dalam memertabatkan Silat Melayu sama ada di Malaysia mahupun antarabangsa. Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai landasan terbaik dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia dari masa ke semasa.

Majlis anugerah ini mengandungi 17 jenis anugerah yang diberikan kepada individu dengan syarat serta peraturan yang telah ditetapkan oleh PSGFM. Majlis diserikan dengan kehadiran YM Tuan Guru Utama, Aminuddin Anuar yang didatangkan khas dari Sandakan, Sabah.

Motto untuk majlis ini ialah Silat-Warisan Bangsa Malaysia.

 

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang ASK 2017:

1. Anugerah Pendeta Silat
– Tuan Guru Pendita Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie (Kuala Lumpur)

2. Anugerah Pakar Silat Malaysia
– Tuan Guru Mohd Shahiid Elias (Selangor)

3. Anugerah Program Silat Terbaik (Antarabangsa)
– Silat European Tour 2014 (Pengurus Acara: Cik Azizah Yop, Pahang)
– Silat European Tour 2016 (Pengurus Acara: Tuan Guru Pendita Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie, Kuala Lumpur)
– Asia Sports Industry Awards 2015 (Pengurus Acara: Tuan Guru Mohd Shahiid Elias, Selangor)

 

 

4. Anugerah Program Silat Terbaik (Nasional)
– Pergendangan Muzik Silat Baku Malaysia 2014 (Pengurus Acara: Cik Azizah Yop, Pahang)
– Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2014 (Pengurus Acara : Encik Muhammad Salehin Ramli, Perak)
– Program Silat Bangi 2017 (Pengurus Acara: Cikgu Safwan Abu Hassan, Selangor)
– Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 (Pengurus Acara: Encik Hazim Samsudin, Negeri Sembilan)

 

 

 

5. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Lelaki)
– Cikgu Safwan Abu Hassan (Selangor)

6. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Perempuan)
– Cikgu Nur Hidayah Abdul Wahab (Selangor)

7. Anugerah Keluarga Emas
– ENCIK MOHD ROZAIDDIN ZAINON HAMZAH & Puan Marina Mohamad Shah (Selangor)

 

8. Anugerah Budi Emas
– Dr Nadhratul Wardah Hj. Salman (UM, Kuala Lumpur)
– Dr Razali (UiTM, Shah Alam, Selangor)

9. Anugerah Pesilat Terbaik (Lelaki)
– Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad, Selangor (Dewasa)
– Abu Bakar Mohd Rozaiddin, Selangor (Remaja)

10. Anugerah Pesilat Terbaik (Perempuan)
– Lim Jin Chia, Pulau Pinang (Dewasa)
– Nur Aina Amirah Kamarazaman, Selangor (Remaja)

11. Anugerah Pesilat Harapan (Lelaki)
Muhammad Faris Hadiff Mohd Azmin, Selangor
– Ameer Arshad Md Hisam, Selangor
Ammar Arshad Md Hisam, Selangor
– Shamil Azim bin Nasaruddin, Kuala Lumpur

12. Anugerah Pesilat Harapan (Perempuan)
Puteri Elissa Sarah Mohamad Nizam, Kuala Lumpur
– Nur Aina Hannani Rumaizi, Selangor

13. Anugerah Kelab Silat Terbaik
– SMK Bandar Baru Bangi, Selangor

14. Anugerah Perlantikan Pembantu Jurulatih
– Siti Hajar Mohd Rozaiddin, Selangor
– Siti Umairah Mohd Rozaiddin, Selangor
– Abdullah bin Fazdi, Selangor
– Abdul Qayyum bin Mohd Sawal, Selangor
– Muhammad Uzair bin Amir Zakri, Selangor

15. Anugerah Perguruan
– Tuan Guru Pendita Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie, Kuala Lumpur (Timbalan Guru Utama 1)
– Tuan Guru Mohd Shahiid Elias, Selangor (Timbalan Guru Utama 2)
– Cikgu Safwan Abu Hassan, Selangor (Ketua Jurulatih)
– Cikgu Nur Hidayah Abdul Wahab, Selangor (Jurulatih)

16. Anugerah Alumni / Penggerak Silat
– Encik Syahmi bin Suleiman
– Encik Aizuddin Abd Rashid
– Cik Norsyafinaz Norshahar

 

17. Anugerah Pengkaji Silat Terbaik
– Puan Dahlia Al-Syurgawi

*Anugerah Tokoh Silat (Anugerah Khas)
– Tan Sri Norliza Rofli (Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, JKKN)

Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Urusan Summit Features Sdn Bhd iaitu Encik Azlan Mohamad selaku penaja utama ASK2017. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan tempur seni oleh para pesilat dari Kelab Olahraga Fatani Bersatu.

Author: PemegangAmanah