Tahniah Aminuddin Anuar

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan setinggi tahniah kepada Guru Utama PSGFM, YM Tuan Guru Super Grandmaster Aminuddin Anuar yang kekal menerajui kepimpinan PSGFM buat sesi 2017-2019.

Perkara ini telah termaktub berdasarkan perlembagaan PSGFM yang menyatakan bahawa perlu dijalankan Mesyuarat Agung yang baru untuk menentukan halatuju pertubuhan silat ini.

Mesyuarat yang membahaskan pelbagai usul ini telah berlangsung hampir 2 jam.

Para ahli dari seluruh negara telah menghadirikan diri ke Grand Ballroom, Sherwood Gateway Hotel, Bandar Baru Bangi bagi membincangkan pelbagai perkara dan informasi terkini mengenai PSGFM.

Di antara usul yang menarik perhatian para delegas adalah warisan Silat Melayu, Agenda perjuangan Bangsa Malaysia, Silat untuk semua serta amaran kepada mereka yang memalsukan dan mengguna pakai logo PSGFM secara haram.

 

 

 

 

 

Selain itu juga terdapat muka baru yang dilantik mengisi barisan kepimpinan baru ini iaitu USTAZ AHMAD FARHAN BIN AHMAD selaku Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan Agama dan Kerohanian dan Drs Mohd Zulfahmi bin Lukman selaku Ahli Jawatankuasa Pendidikan Tinggi PSGFM.

Di samping itu juga, majlis mengenangkan pengorbanan yang dilakukan oleh bekas Timbalan Pengerusi PSGFM 2013-2017 iaitu Allahyarham TG Grandmaster Salehuddin Abdul Wahab yang telah kembali menghadap Ilahi pada tahun lepas. Segala jasa dan pengorbanan beliau amat dikagumi dan diteladani oleh mereka yang menanggung amanah bangsa ini.

Pihak PSGFM juga bersetuju untuk mendokumentasikan segala usaha beliau selama 45 tahun dalam dunia persilatan ini.

Berikut adalah kejayaan-kejayaan diperolehi di bawah kepimpinan beliau sejak tahun 2013:

 

 

 

 

 

Tahniah kepada semua Exco yang terpilih.

Mari memajukan Silat Melayu demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

FATANI NUSA BAKTI

Author: PemegangAmanah