Seni Gayung Fatani di Google Plus

google plus psgfm

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani (PSGFM) kini telah mempunyai akaun Google Plus. Para pengikut dan peminat PSGFM dapat mengikuti segala aktiviti yang berlaku di dalam pertubuhan ini di akaun PSGFM Google Plus tersebut.

Idea asal bermula apabila ramai peminat PSGFM yang mempunyai akaun Google Plus ingin mendapatkan sumber maklumat terkini melalui lingkaran jaringan sosial Google Plus. Rata-rata memuji langkah-langkah yang dilakukan oleh PSGFM dalam memertabatkan Silat Melayu dengan pelbagai usaha, aktiviti dan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta.

Jesteru itu, Google Plus menyediakan rangkaian yang boleh menghubungkan semua ini dengan lebih mudah dan berkesan dalam memastikan para peminat PSGFM sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai dunia persilatan.

Semoga semua pihak mendapat manfaat daripada tindakan yang mesra pengguna ini.

 

majlis tertinggi psgfm

Author: PemegangAmanah