Salam Ramadan 1438H

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1438H kepada semua ahli PSGFM di seluruh Malaysia dan antarabangsa.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperteguhkan hubungan dengan Allah SWT, di samping mengukuhkan lagi kerjasama silaturrahim dengan keluarga, jiran tetangga dan masyarakat pelbagai kaum.

Selain itu juga, berita baik untuk semua ahli di mana pada 1 Ramadan yang mulia ini untuk mendapatkan buku terbaru berjudul SILAT – Warisan Bangsa Malaysia yang bakal menemui anda tidak lama lagi.

Penulis buku tersebut ialah Tuan Guru Utama Aminuddin Anuar, Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie,  Tuan Guru Shahiid Elias.

Kepada para peminat Silat bolehlah mendapatkan buku tersebut di www.KurikulumSilat.com

Author: PemegangAmanah