Salam Aidilfitri 1438 Hijrah

Pihak pengurusan tertinggi PSGFM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah kepada semua ahli beragama Islam di seluruh negara dan antarabangsa.

Negara Malaysia luas terbentang
Kerana pengorbanan beribu pahlawan
Hari ini kami datang
Untuk mengucap selamat lebaran

Di samping itu, tidak lupa juga untuk kita menghadiahkan doa kepada Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab, Guru Utama pertama PSGFM yang telah pergi meninggalkan kita pada 2009.

Tidak dilupakan doa untuk roh para guru silat yang telah berbakti pada masa lepas untuk kepentingan bangsa Melayu, Agama Islam dan rakyat Malaysia khasnya.

Ya Allah, Ya Rabbi Ya Tuhan Kami,
Sempena kedatangan Syawal yang barakah ini,
Muliakan dan sayangilah ahli-ahli yang sedang membaca ini.
Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya,
Berkati rezekinya, kuatkan imannya.
Berikan kepadanya kenikmatan ibadah,
Jauhkanlah dirinya daripada fitnah,
Suburkan benih Keislaman pada diri dan keturunannya, dan
Masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu tanpa hisab.
Amin Ya Rabbul’alamin
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Author: PemegangAmanah