PSGFM – Sabah

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia kini bergerak aktif di negeri Sabah.

Pengerusi Majlis Seni Silat Malaysia Negeri Sabah adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan PSGFM di negeri di bawah bayu ini.

Beliau merupakan Guru Utama PSGFM, Pengerusi Majlis Jurulatih PSGFM, Pengerusi Majlis Seni Silat Malaysia Negeri Sabah iaitu Yang Mulia Tuan Guru Utama Aminuddin bin Anuar.

Pelbagai aktiviti telah berlangsung dengan baik di kelab-kelab silat di negeri Sabah. Antaranya adalah:

  1. Latihan mingguan di kelab-kelab silat di Sandakan, Tenom, Kota Belut, Kota Kinabalu, Tawau dan banyak lagi.
  2. Kursus Intensif Seni Silat Malaysia Tahap 1 dan 2.
  3. Kursus Silat Olahraga Tahap 1.
  4. Kursus Silat Seni – Solo Tangan Kosong.
  5. Kursus Pertandingan Silat Melayu,
  6. Bengkel Kejurulatihan PSGFM Negeri Sabah.
  7. Bengkel Gendang Silat Melayu Baku Negeri Sabah.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Laman PSGFM Negeri Sabah.

Author: PemegangAmanah